Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak 3 Tahun Antara...

KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak tiga tahun merupakan antara 21 pendatang asing tanpa...

Mahu Anak Berhenti Menangis…...

SEORANG bapa bertindak kejam untuk membuatkan anaknya yang baru berumur setahun berhenti menangis,...

Wabak Demam Babi Afrika...

BEIJING - China mengesahkan penularan wabak demam babi Afrika di wilayah timur Anhui. China...

Korea Utara Lancar Peluru...

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melepaskan peluru berpandu balistik, hari ini.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramPeluru...

Insiden Tembakan, Perancis Tingkat Keselamatan Maksimum

PERANCIS kini dalam keadaan berwaspada maksimum ekoran kejadian tembakan di sebuah pasar Krismas di Strasbourg, bandar di utara.

Tiga orang terbunuh dan 13 cedera, lapan daripadanya parah.

Suspek berusia 29 tahun dikenali pihak berkuasa dan dipercayai menerima fahaman radikal semasa dalam penjara.

Dia dilaporkan cedera selepas berbalas tembakan dengan pihak berkuasa tetapi dapat melarikan diri.

Seramai 350 orang pegawai polis terlibat memburu suspek. Timbalan menteri dalam negeri berkata dia mungkin sudah melarikan diri keluar dari Perancis.

Menteri dalam negeri Christophe Castaner berkata kerajaan telah mengumumkan amaran serangan kecemasan, meluaskan kuasa polis dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan ke tahap tertinggi.

Katanya lagi, kawalan sempadan telah diperketatkan dan keselamatan semua pasar Krismas juga ditingkatkan.

Protes juga diharamkan di kawasan bandar, tetapi tidak meliputi kawasan lain Perancis, lapor agensi berita Reuters.

Datuk bandar Strasbourg, Ronald Ries berkata pasar Krismas akan ditutup pada Rabu dan bendera dikibarkan separuh tiang di dewan bandaraya.


Kejadian serangan bermula pada jam 8 malam waktu tempatan, (19:00 GMT) pada Selasa berdekatan pasar Krismas terkenal Strasbourg tidak jauh dari dataran utama, Place Kleber, yang menerima kunjungan ribuan orang pada musim perayaan.

Suspek berbalas tembakan denga pegawai polis yang meronda kawasan itu sebagai sebahagian kawalan antikeganasan.

Kata Castaner, lelaki itu mungkin cedera dan telah melawan pasukan keselamatan sebanyak dua kali.

Menurut televisyen BFM, lelaki itu berjaya mendapatkan teksi dan meninggalkan tempat kejadian.

Teksi itu membawanya ke sekitar kawasan Neudorf, tempat dipercayai dekat kediamannya.

Pemandu teksi itu memberitahu polis yang lelaki itu cedera di kaki kirinya.

Penduduk Neudorf digesa tidak keluar dari rumah. – BBC

Kategori