Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kami Pastikan Produk Islami...

KETUA Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar menegaskan komitmen stesen penyiaran Islam Nombor...

Ada ‘Kejutan’ Buat Vietnam...

KUALA LUMPUR - Menyedari tugas getir menunggu Harimau Malaya apabila berdepan Vietnam pada...

KBAT: Landasan Tepat Lahir...

KANGAR - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pe­ngajaran dan pembelajaran di...

Goh V Shem-Tan Wee...

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong bangkit selepas...

Insiden Adib Pertama Kali Dalam Sejarah Bomba

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Dr Soh Chai Hock menyifatkan insiden yang menimpa Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, pada Selasa lalu sebagai yang pertama dalam sejarah pasukan itu.

Beliau yang telah berkhidmat dengan JBPM selama 36 tahun berkata insiden sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang perkhidmatannya.

“Saya kini sudah berusia 74 tahun, tidak pernah ada anggota bomba dibelasah sebegitu teruk… ini mungkin sebab mereka (perusuh) tidak faham kerja kita (bomba).

Tugas kita bukan untuk berlawan dengan orang tetapi memadam kebakaran, melindungi harta benda dan nyawa serta menjalankan khidmat kemanusiaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Muhammad Adib di IJN di sini, Sabtu.

Soh turut melahirkan simpati terhadap anggota bomba itu dan berharap pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap perusuh yang mencederakannya.


“Mereka yang terlibat hendaklah di bawa ke muka pengadilan untuk dikenakan hukuman yang setimpal,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi Selasa lepas, di kuil yang terletak di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil itu. – BERNAMA

Kategori