Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

HSA Terbakar: Dun Kelantan...

KOTA BHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) hari ini merakamkan ucapan...

Bella Dally Kini Lebih...

KEGAGALAN perkahwinannya baru-baru ini telah mengubah pelakon, Bella Dally menjadi seorang yang sentiasa...

Negara Perlu 18,000 Tenaga...

PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara masih memerlukan...

AMK Ikrar Pertahan Kerusi...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) berikrar untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang...

Insentif RM10,000, Lot Rumah Kepada Pasukan Perak

KUALA KANGSAR – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan insentif sebanyak RM10,000 serta satu lot tapak rumah, masing-masing kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Perak yang memenangi Piala Malaysia, baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, insentif tersebut diberikan bagi menghargai mereka yang telah berjaya membawa pulang piala berkenaan ke negeri ini selepas 18 tahun.

“Selain insentif yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), kerajaan negeri akan menambah sebanyak RM10,000 kepada setiap pemain selain daripada pingat yang telah diberikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semalam.

“Setiap pemain juga kita akan berikan satu lot tapak rumah dan kita bagi sekali dengan pegawai. Dari pihak kerajaan negeri, insentif ini kita akan berikan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah bersempena Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2018 di Dataran Pavilion di sini hari ini.


Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, pihaknya turut memikirkan untuk memberikan insentif kepada pasukan hoki Perak yang telah memenangi Piala Razak, baru-baru ini.

“Namun begitu, saya tidak dapat membuat pengumuman pada hari ini kerana perkara itu belum lagi dibincangkan dalam mesyuarat kerajaan negeri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori