Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Akan Terus Tingkat...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus meningkatkan kemampanan, mengurangkan defisit dan memastikan hutang...

Ops Terminal: 13 Pemandu...

KUALA LUMPUR – Seramai 13 pemandu bas ekspres dikesan positif dadah dalam Ops...

30 Julai Cuti Umum...

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan tarikh 30 Julai (Selasa) ini diisytiharkan sebagai hari...

Vape Dan Shisha Turut...

KUALA LUMPUR - Rokok elektronik (vape) dan shisha dicadangkan supaya turut disenarai di...

Inkues Adib: Tulang Rusuk Patah Tertusuk Paru-Paru

SHAH ALAM – Pakar Perubatan Forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ahmad Hafizam Hasmi mengesahkan hujung tulang rusuk keempat dan kelima yang patah tertusuk ke dalam paru-paru Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Beliau sebagai saksi ke-24 pada prosiding hari ke-16 hari ini memberitahu Mahkamah Koroner perkara itu selepas membuat pemeriksaan dalaman dada anggota bomba malang berkenaan pukul 1 pagi, 18 Disember lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap dalaman dada Muhammad Adib menemui pelbagai kesan kecederaan.

“Otot dada kanan dia lebam kemerahan, tulang sternum tidak patah dan tulang rusuk patah.

“Tulang rusuk ketiga patah tiga, tulang rusuk keempat patah dua dan tulang rusuk kelima patah dua,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.


Menurutnya lagi, otak Muhammad Adib juga bengkak dan berwarna kehijauan kerana diberikan ubat yang dipanggil Methylene Blue semasa rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). – K! ONLINE

Kategori