Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Larangan Bergambar: Tunggu Keputusan...

BALING - Lembaga Tabung Haji (TH) masih menanti makluman rasmi daripada kerajaan Arab...

Tiada Penyelesaian Mudah Rundingan...

RUNDINGAN berhubung semakan semula kadar bayaran air antara dua negara berjiran Malaysia dan...

Suspek Keempat Ditahan Kerana...

KUCHING - Polis Sarawak menahan suspek keempat yang disyaki membuat catatan fitnah terhadap...

4 Rayuan Interlokutori Najib...

MAHKAMAH Rayuan di Putrajaya hari ini menetapkan 11 dan 12 Mac ini untuk...

Inkues Adib: 4 Peguam Dilantik Mewakili KPKT, JBPM

SHAH ALAM – Mahkamah Koroner di sini hari ini diperkenalkan empat peguam daripada Jabatan Peguam Negara yang akan mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Muka-muka baharu itu melibatkan tiga Peguam Kanan Persekutuan iaitu Suzana Atan, Mazlifah Ayob dan Fadzilatul Isma Ahmad Rafngah manakala seorang lagi merupakan Peguam Persekutuan iaitu Afiq Zainal Abidin.

Peguam Syazlin Mansor pula yang sebelum ini menarik diri daripada meneruskan inkues itu kembali dengan mewakili keluarga anggota bomba malang itu termasuk mengekalkan barisan peguam terdahulu iaitu Yahaya Othman, Kamaruzaman A. Wahab dan Ahmad Taufiq Baharum.

Koroner Rofiah Mohamad kemudian menetapkan 3, 4 dan 5 Julai untuk memanggil semula saksi pakar, Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid.

Tarikh itu juga akan diputuskan siapa saksi inkues ke-30 yang merupakan saksi pakar fizik untuk menjelaskan isu kiraan daya hentaman terhadap Muhammad Adib ketika kejadian.


“Pakar fizik perlu hadir memberi keterangan di mahkamah bagi menjelaskan isu kiraan formula daya hentaman terhadap Muhammad Adib ketika kejadian memandangkan prosiding inkues sudah menjadi perhatian umum.

“Senarai pakar fizik boleh diketengahkan pada tarikh 3 hingga 5 Julai nanti. Kita akan menetapkan siapa pakar fizik yang akan dipanggil manakala tarikh 16 dan 17 Julai pula adalah tarikh pakar fizik memberi keterangan,” ujarnya.

Pada sebutan semula inkues itu tadi, abang sulung Muhammad Adib, Mohd. Asraf Mohd. Kassim turut hadir.

Kategori