Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

FAM Lantik Pengganti Dollah...

SELEPAS lebih dua minggu berteka-teki, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya akan mengumumkan...

PPIM Tidak Gentar Ugutan...

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak gentar dengan ancaman dan ugutan diterima daripada...

Bernas Sedia Bantu Kurang...

ALOR SETAR - Syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) sedia memberi khidmat nasihat dalam...

Pakatan Baharu Bekas MB...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid yang lantang...

Inkues 3 Lelaki Ditembak Mati Di Batu Arang 13 Disember

KUALA LUMPUR – Inkues 3 lelaki ditembak mati polis di Batu Arang, Rawang pada 21 September lalu akan bermula 13 Disember ini di Mahkamah Koroner Shah Alam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata, semua pihak termasuk pegawai dan anggota polis yang terbabit dalam kejadian itu akan dipanggil memberi keterangan dalam inkues berkenaan.

Katanya, polis masih membuka kertas siasatan orang hilang susulan dakwaan kehilangan seorang wanita yang juga isteri kepada seorang daripada lelaki yang ditembak mati dalam kejadian itu.

“Kami memerlukan maklumat daripada orang ramai jika ada berita baru untuk membolehkan polis mencari mangsa yang dikatakan hilang (dan) masa ini kami masih buka kertas siasatan (wanita) itu sebagai orang hilang,” katanya pada sidang media pelupusan barang kes perjudian di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak hari ini.

Tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes samun bersenjata, maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di KM22, Jalan Rawang, menghala Batu Arang, dekat sini 2 bulan lalu.


Polis turut mengesahkan 2 individu yang ditembak mati itu ialah anggota kumpulan kongsi gelap 08, manakala hasil semakan menunjukkan seorang lagi mempunyai rekod pemutihan Jabatan Imigresen pada 2013.

Polis menafikan seorang wanita yang juga isteri kepada seorang daripada suspek itu, berada dalam kereta dinaiki penjenayah terbabit ketika kejadian.

Wanita terbabit, Moganambal Govindasamy, 35, dilapor hilang selepas kejadian itu dan belum ditemui sehingga kini.

Kategori