Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UMNO Berpecah Lagi Jika...

JOHOR BAHRU : Ahli akar umbi UMNO tidak perlu menjadikan kegagalan parti itu...

Bantuan Rakyat Bukti Kerajaan...

LENGGONG - Kemampuan kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat termasuk Projek Perumahan Rakyat...

3 Lelaki Pembeli Cukai...

IPOH - Tiga individu dipercayai pembeli cukai jalan palsu ditahan di kawasan Kampung...

Wanita Disahkan Mati Bangun...

SEORANG wanita warga emas berusia 91 tahun dari Poland yang telah disahkan meninggal...

Inisiatif Abang Johari Tangani Isu Murtad Wajar Disokong

KUCHING – Beban dalam isu yang berkaitan murtad di Sarawak memang berat, namun dengan pemikiran yang waras dan melihat kepada manfaat yang lebih besar yang dibenarkan oleh maqasid syariah, pastinya isu ini dapat dirungkai dan diselesaikan sedikit masa lagi, kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Dr. Juanda Jaya.

Beliau berkata inisiatif Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk membetulkan keadaan yang ‘tergantung’ selama ini adalah satu langkah berani yang wajar disokong bagi mengelakkan sebarang ketegangan dan bagi membolehkan wujudnya jalan keluar serta penyelesaian bagi isu yang cukup sensitif ini, khususnya di Sarawak.

“Bagi menyelesaikan kemelut ini, isu emosi hendaklah diketepikan. Isu perpaduan dan keharmonian kehidupan beragama dalam negara perlu dijadikan keutamaan. Janganlah akibat perbuatan beberapa orang yang ‘nakal’ maka keharmonian kehidupan beragama dalam negara kita menjadi korban,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isu murtad mulai hangat diperkatakan di Sarawak sejak hujung bulan lalu susulan permohonan empat individu di negeri itu ingin mengetahui sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah yang mempunyai kuasa dalam menentukan usaha mereka untuk keluar daripada Islam, yang menyaksikan Mahkamah Persekutuan di Kuching memutuskan terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah Sarawak untuk mengendalikan kes-kes berkenaan.

Abang Johari dalam satu kenyataan lewat malam tadi menegaskan bahawa memandangkan Mahkamah Persekutuan telah memberikan keputusannya, maka tindakan lanjut harus dilaksanakan dan pagi ini pula semasa dirujuk kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri itu berkata penyelesaian isu tersebut diserahkan kepada kewibawaan kerajaan negeri.

Juanda dalam kenyataan hari ini berkata penyelesaian yang terbaik secara pentadbiran boleh dilakukan kerana isu utama permohonan keempat-empat mereka adalah untuk menghilangkan status agama Islam pada kad pengenalan mereka.


“Tanpa ‘ruling’ daripada pihak Majlis Islam Sarawak, atau mahkamah syariah Sarawak atau jabatan agama Islam Sarawak, maka Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak sukar untuk meluluskan permohonan permohonan mereka,” katanya.

“Buangkan buruk sangka, buangkan niat buruk, fokuskan kepada usaha mengekalkan keharmonian kehidupan beragama yang telah wujud selama ini. Isu peribadi satu dua individu yang mempunyai masalah adalah tidak berbaloi untuk mengorbankan keharmonian kehidupan beragama yang telah dikecapi,” tambahnya.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan wajar dihormati dan dilaksanakan. Ia menyatakan dengan tegas bahawa Mahkamah Syariah Sarawak memang berbidang kuasa untuk menyelesaikan kemelut ini walaupun ia tidak dinyatakan secara jelas dalam teks undang undang, oleh itu beban bagi memutuskan kemelut ini sekarang berada di atas bahu Mahkamah Syariah Sarawak,” katanya. – BERNAMA

Kategori