Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Boleh Bergerak Dalam Radius...

SHAH ALAM - Orang ramai hanya dibenarkan untuk membeli barang keperluan dalam jarak...

Polis Kepung Tempat Kepak...

SIBU - Polis membuat kepungan sejak tengah hari semalam di tapak di mana...

Tangani Segera Keluhan Penghantar...

KUALA LUMPUR : Ikatan Komuniti Selamat mahu pihak berkuasa menangani segera isu yang...

Apakah Tentera Singapura Lebih...

Satu persoalan yang mesti pernah timbul dalam perbualan kita bersama rakan.Andai berlaku peperangan,...

Inilah Rupa Unit Khas JPJ Yang Lengkap Bersenjata

Pada 1 Januari lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaporkan menubuhkan sebuah Pasukan Tindakan Khas (PTK) bagi membanteras kegiatan sindiket tertentu yang agresif termasuk penyeludup kereta klon di negara ini.

Bagaimanapun, setahu kami, pihak JPJ pun setakat ini masih lagi belum mendedahkan kepada umum keadaan rupa wajah dan penampilan sebenar kelibat pasukan elit ala anggota komando tersebut kepada masyarakat.

Oleh itu, secara eksklusif Mynewshub berkongsi kepada anda gambar mengenai kewujudan pasukan khas ini kepada pembaca setia kami hasil kiriman daripada sumber yang boleh dipercayai.

12439176_981294241919792_3107840479904465655_n

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad, pasukan khas ini disertai 25 anggota dilatih khusus pelbagai aspek antaranya, penggunaan senjata api, kemahiran pertahankan diri dan modus operandi sindiket.


Difahamkan, pasukan itu akan bergerak ke seluruh negara bagi mengesan dan bertindak pantas terhadap sebarang isu berkaitan sindiket kereta klon yang makin berleluasa kebelakangan ini.

Berdasarkan rekod semasa, negeri yang mencatatkan kes tertinggi melibatkan jenayah kereta klon ialah Kelantan, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori