Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pergiatkan Promosi MGDM Hasilkan...

PUTRAJAYA - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggesa Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM)...

Siap Suap Aiskrim, Elfira...

MESKIPUN masing-masing tidah pernah mengaku sedang menjalin hubungan cinta, namun gambar-gambar sambutan hari...

Tiada Gelandangan Ditinggalkan DBKL...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan menafikan...

KPDNKK Terima 530 Aduan...

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerima sejumlah...

Inikah Samseng DAP Bertaraf Pasu Bunga?

BONGKAR… Insiden petugas Barisan Nasional (BN) Pos Lenjang, Kuala Lipis diugut Ahli Parlimen DAP Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji baru-baru ini terus tarik perhatian netizen tempatan.

Ramai pengguna media sosial kutuk sikap biadab Naib Pengerusi DAP itu yang tergamak ancam aktivis parti lawan kerana bongkar sikap beliau salah guna kuasa kenderaan kerajaan untuk kempen politik Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu didakwa pinjam kereta pacuan empat roda Jabatan Perhutanan Pahang bagi dijadikan jentera PH sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada Sabtu ini.

Tidak ketinggalan ulas sikap kurang ajar Timbalan Pengerusi DAP Pahang itu ialah bekas ahli seumur hidup DAP yang dipecat parti tersebut pada 18 Oktober tahun lalu dan anak mantan Naib Presiden DAP, Amran Ahmad Nor.

Bekas wartawan Utusan Malaysia dan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan cawangan Utusan Melayu itu bercerita mengenai latar belakang Tengku Zulpuri Shah dalam hantaran menerusi akaun sosial Facebook beliau.

Amran yang kini Timbalan Pengerusi Gagasan 3, sebuah organisasi pelbagai badan Melayu tempatan, hari ini dalam nada sinis menyifatkan Tengku Zulpuri Shah sebenarnya sekadar samseng bertaraf pasu bunga dalam DAP sendiri.

Berikut ialah tulisan penuh Amran:

SAMSENG BERTARAF PASU BUNGA DAP

Orang ini – saya dedahkan pada hari ini – adalah individu yang mengaku kepada saya sendiri bahawa pemimpin Melayu DAP pada hari ini adalah sekadar ‘pasu bunga’ dalam DAP.

Walaupun wakil tunggal Melayu dalam CEC DAP, orang ini mengaku kepada saya bahawa suaranya tidak diendahkan dalam mana-mana mesyuarat, kehadirannya hanya sebagai syarat kedatangan.

Dia mendakwa Melayu dalam DAP hari ini tidak seperti zaman arwah bapa saya. Semasa zaman bapa saya dalam DAP dahulu, arwah bukan setakat boleh ‘menyinga’ dalam mesyuarat CEC.

Malah arwahlah orang yang berkeras menundukkan orang ‘seganas’ mendiang Karpal Singh untuk meminta maaf kerana kenyataan – over my dead body – dalam isu kontroversi hukum hudud.


Hari ini, beliau – yang mengaku Melayu hanya pasu bunga dalam DAP – mahu tunjuk samseng setelah kerajaan PH yang tunduk kepada telunjuk DAP, terkantoi guna jentera kerajaan dalam kempen PRK Cameron Highlands.

Buat apa hendak tunjukkan samseng, kononnya singa yang mengaum kepada rakyat tetapi dalam mesyuarat DAP sendiri pun terus menikus? Buat apa nak takut pada tokong atau bapak tokong.

Kerana kita sebagai orang Islam hanya perlu takut pada Allah Taala? Takkan kerana hanya sekadar jawatan timbalan menteri, maka dia perlu tunduk menikus melutut kepada DAP?

Patutnya beliau menyinga apabila DAP sokong ICERD, atau hentak meja bila menteri DAP perlekeh pendidikan anak bangsanya, atau menjerit tatkala ekonomi Melayu dianak tiri pada belanjawan lepas.

Tetapi malangnya, hanya terus menikus. Saya akan terus mendedahkan siapa DAP kepada anda, kerana kalau nak dikira pengalaman saya berbanding ‘samseng’ terbaru DAP ini, saya boleh kira dah pegang poster dan jual akhbar Roket ketika beliau mungkin masih muda belia.

#Kenapa,takutDAPkebossku?

Amran Ahmad Nor
Ahli seumur hidup DAP (dipecat)
Timbalan Pengerusi G3
Presiden Consent Malaysia

#BiarMatiBerdiriDariHidupMelututPadaDAP

Kategori