Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Sentiasa Tegas Dalam...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengamalkan pendekatan yang amat tegas dalam memerangi ancaman dadah...

WOW!! Pesawat Mendarat Depan...

PERGHH.. seakan tidak percaya pulak melihat pesawat 'terpacak' di hadapan sebuah rumah yang dikatakan...

Shahidan Dicabar Jawatan Ketua...

ARAU - Setelah lebih 20 tahun kedudukan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai ketua...

Bekas Pengarah Urusan TEKUN...

SHAH ALAM - Bekas pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif TEKUN Nasional, Datuk...

Inilah Pemain Bola Keranjang Paling Sempurna Lontaran

TERBAIK… Pemain bola keranjang yang berupaya dalam menepati kesemua sasaran ditetapkan pada setiap kali lontaran dilakukan, sudahpun berjaya membuat penampilan di Jepun!

Inilah pemain tersebut yang yang hanya dikenali dengan nama sebagai CUE. Dalam satu pertandingan menentang seorang pemain manusia, robot setinggi 190 sentimeter ini berjaya menyempurnakan kesemua lontarannya.

Bagaimanapun si pemain profesional itu pula gagal dalam dua lontarannya. Namun seperti manusia, robot tersebut perlu menjalani latihan rapi untuk melakukan balingan bola dengan tepat melibatkan lebih 200,000 kali lontaran.

Robot itu dijadual membuat penampilan semasa perlawanan bola keranjang profesional Jepun kelak. Ia dicipta bahagian kejuruteraan Toyota menggunakan kepintaran buatan dan berdasarkan karakter animasi manga Jepun.


Dengan memakai jersi bernombor 70, CUE setakat ini melakukan 100 peratus lontaran masuk terus ke gawang berbanding pemain liga NBA di Amerika Syarikat secara purata cuma mampu buat 77 peratus jaringan sempurna.

Ia kini bermain untuk pasukan kelab profesional Alvark Tokyo yang ditaja gergasi automotif Toyota Jepun dalam liga bola keranjang tempatan namun kos pemain itu tidak pula didedahkan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori