“Ini Yang Keluarga Tunggukan” – Abang Adib

SHAH ALAM – “Ini yang keluarga tunggukan,” kata abang sulung anggota Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Mohd Asraf Mohd Kassim, 31, berkata, kedua ibu bapa dan keluarganya sudah mengetahui keputusan Mahkamah Koroner.

Dia yang bekerja sendiri menjelaskan mereka akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk perbincangan lanjut.

Mohd Asraf yang ditemani peguam, Syazlin Mansor kelihatan tenang ketika ditemui di luar mahkamah.

Pagi tadi, Mahkamah Koroner memutuskan kematian anggota JBPM Balai Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kasim adalah akibat tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.

Hakim Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan berkenaan selepas prosiding perbicaraan selama 41 hari.

Rofiah berkata, kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS). – Sinar Harian

Loading...