Ini Raya Paling Bermakna Untuk Anzalna!

KUALA LUMPUR – Setelah tiga tahun menanti cahaya mata, raya kali ini menjadi lebih bermakna buat pelakon cantik, Anzalna Nasir yang selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Jumaat lalu.

Anzalna yang berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan agar urusan kelahiran cahaya mata sulungnya dipermudah.

“Jumaat, 31.5.19. Syukur Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Setelah sekian lama menantikan kehadiran cahaya mata, akhirnya, bertemu jua!

“Raya yang paling bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan untuk kami,” katanya.

Sementara itu, suami pelakon tersebut, Hanif Zaki menerusi Instagramnya berkata, perasaan bergelar bapa adalah perasaan yang tidak dapat dia gambarkan sama sekali.

“Perasaan yang tak dapat saya gambarkan. Kedua ibu dan anak sihat dan bersedia untuk menyempurnakan hidup saya,” katanya.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menjalinkan hubungan cinta.

Loading...