Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

24 Penagih Dadah Ditahan...

KEPALA BATAS - Seramai 25 individu termasuk empat wanita yang merupakan penagih dadah...

Polis Tahan 4 Warga...

MIRI - Polis menahan empat lelaki warga India yang membelasah seorang pemandu e-hailing...

2 Lelaki Ditahan Bantu...

GEORGE TOWN - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes cubaan merompak...

Rasuah: Suami Dipenjara, Isteri...

ALOR SETAR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang isteri dikenakan...

Ini Kata Ibu Ronaldo Selepas Pindah Ke Juventus

IBU Cristiano Ronaldo akhirnya bersuara selepas perpindahan anaknya bernilai £99.3 juta (RM526.5 juta) ke Juventus setelah ada khabar angin yang dakwa dia lebih senang jika Ronaldo ke Manchester United.

Ronaldo pula mengakui bahawa masa depannya menjadi tanda tanya selepas memenangi Liga Juara-Juara pada perlawanan menentang Liverpool di Kiev.

Maria Dolores Aveiro cuba meyakinkan pemain berusia 33 tahun itu untuk kembali ke Old Trafford, kelab yang menjadikannya bintang antarabangsa selepas berhijrah dari Sporting CP pada 2003.

Bagaimanapun, kini dia menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa Juventus adalah destinasi terbaik untuk babak seterusnya buat penyandang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali itu.

Penyokong Ronaldo menyambutnya dengan poster semasa ketibaan pemain itu di Turin pada Isnin. – AFP

“Ia satu penipuan, tentang saya mahu dia kembali ke Manchester United.

“Ia tidak benar. Saya gembira dengan pilihannya. Ia hari yang menggembirakan buat kami semua.

“Anak saya akan menjadikan Juve lebih hebat.


“Ini adalah cabaran baharu dalam hidupnya.

“Dia gembira di Real Madrid, tapi dia perlukan cabaran lain,” kata Maria, memetik laporan Sport Bible.

Selepas tiada kelab lain yang mampu menandingi tawaran yang diberikan oleh Juventus, kelab itu berjaya mendapatkan Ronaldo dengan lancar.

Ronaldo menandatangani konrak selama empat tahun dan dilaporkan akan menerima bayaran €30 juta (RM142 juta) setahun. – mStar Online

Kategori