Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemeriksaan Percuma Puspakom Sempena...

KUALA LUMPUR - Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) menawarkan perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)...

87 Cawangan Econsave Kekurangan...

PASIR GUDANG: Pasar Raya Econsave Cash and Carry (Econsave) berdepan masalah kekurangan bekalan...

Bekas Banduan Ugut Ibu...

MELAKA - Tidak serik bermalam di penjara atas kesalahan kes dadah, seorang bekas...

Perlis Tidak Mampu Serap...

KANGAR – Kerajaan Perlis tidak ada sumber kewangan untuk serap kakitangan Jabatan Hal...

Ingin Pinjaman RM10,000 Tetapi Rugi Lebih RM8,000

KUANTAN – Hasratnya untuk meminjam wang sebanyak RM10,000, tetapi akibat terpedaya dengan pinjaman wang yang tidak wujud itu seorang pekerja kilang mengalami kerugian RM8,340 setelah melakukan pelbagai bayaran pemprosesan untuk mendapatkan pinjaman itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusoff berkata, mangsa, 37, sebelum itu melihat iklan pinjaman peribadi melalui media sosial ketika berada di tempat kerjanya dalam sebuah kilang di sini pada Isnin lalu.

“Susulan itu, mangsa telah meninggalkan beberapa maklumat yang diminta melalui iklan berkenaan untuk memohon pinjaman berkenaan.

“Kemudian mangsa telah menerima panggilan daripada suspek lelaki pada Selasa dengan menawarkan pinjaman yang dikehendaki sebanyak RM10,000,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Namun, katanya setelah mangsa melakukan lima kali transkasi bayaran untuk proses pinjaman sehingga RM8,340, suspek masih terus mendesak mangsa melakukan bayaran tambahan.


Mangsa yang curiga dengan perkara itu kemudian telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori