Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Pesara Guru Rugi RM317,500...

BATU PAHAT - Seorang pesara guru kerugian RM317,500 apabila menjadi mangsa kepada sindiket...

Wanita Maut Kereta Masuk...

KOTA TINGGI - Seorang wanita maut selepas Proton Wira dipandunya bertembung dengan Proton...

2 Lelaki Disyaki Penagih...

KANGAR - Dua lelaki disyaki penagih dadah ditahan kerana memiliki dadah syabu dan...

Pesakit Mental Ditembak Polis...

HANYA kerana sebiji batu, seorang pesakit mental di Sabah dipercayai ditembak oleh anggota...

Pelancongan Maldives Rancak Selepas Tsunami

MALE – Pulau tropika Maafushi adalah antara pulau terbesar dan indah di Kepulauan Maldives dengan hab pelancongan yang sibuk sebelum ia terjejas teruk akibat hentaman tsunami Lautan Hindi yang mengganas pada 26 Disember 2004.

Kini 14 tahun kemudian, pulau ini kembali rancak memperkukuhkan semula industri pelancongannya dan kembali menjadi tumpuan pelancong.

Kepulauan Maldives terdiri daripada lebih 1,200 pulau terumbu karang di tengah-tengah 26 atol yang tersohor dengan pasir pantai yang memutih dan air laut seakan warna firus. Ia mula membangunkan industri pelancongannya sekitar 70an.

Bagaimanapun, selepas berlaku tsunami yang meragut 83 nyawa dan menyebabkan 12,000 orang kehilangan tempat tinggal pada Boxing Day 2004, industri pelancongannya mencatat kejatuhan mendadak kerana kebanyakan infrstruktur termasuk pusat peranginannya rosak teruk.

PELANCONGAN MULA RANCAK

Terletak di selatan Male (ibu negara Maldives), pulau Maafushi – berukuran 1, 270 meter kali 265 meter dan dengan penduduk seramai 2,700 orang – menerima dana daripada Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah untuk kegiatan pemulihan selepas tsunami.

Pulau itu juga yang pertama di Maldives menerima pelaburan selepas tsunami untuk pembangunan penginapan bagi tujuan pelancongan.

Rumah tetamu pertama siap dibina di Maafushi dibuka pada Januari 2010. Kini pulau itu mempunyai lebih daripada 60 buah rumah tetamu pelbagai kategori.

Industri pelancongan Maldives dilaporkan mencatat peningkatan sejak 2011 dengan kedatangan 931,333 pelancong setahun. Pada 2012, jumlah pelancong adalah 958,027 sementara pada 2013, seramai 1.1 juta dan pada 2014, 1.2 juta orang.

Bilangan pelancong yang berkunjung ke negara pulau ini terus meningkat iaitu 1.23 juta pada 2015; 2016, 1.28 juta dan 2017, 1.3 juta. Untuk 2018 pula seramai 1.5 juta pelancong dijangka berkunjung ke Maldives.

Kebanyakan pelancong ke Maldives adalah dari China, Jerman dan United Kingdom, diikuti Itali, India, Rusia, Perancis, Jepun, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Kini, selepas 14 tahun bencana besar tsunami melanda Maldives, industri pelancongan negara itu kembali ligat dengan pelbagai promosi untuk menarik pelancong.

SEDIKIT KERETA

Penulis berkesempatan ke pulau Maafushi sewaktu bercuti ke Maldives awal Disember lepas. Tujuan ke pulau berkenaan untuk melihat sendiri bagaimana proses pemulihan dilaksanakan selepas selepas bencana tsunami dan sama ada ia secantik gambar-gambar yang dipaparkan.

Dari Male, saya menaiki bot laju untuk ke jeti di Maafushi dan perjalanan ini mengambil masa 45 minit. Sebaik sahaja kaki menjejak bumi Maafushi, sukar untuk percaya pulau ini pernah dilanda tsunami besar kecuali jika membaca mengenainya.

Pulau ini bukanlah besar sangat. Hanya perlu berjalan kaki dari jeti untuk ke rumah tetamu. Semua hotel di Maafushi dikenali sebagai rumah tetamu. Malah kalau mahu melihat kehidupan masyarakat tempatan bolehlah berjalan kaki sahaja.


Hanya ada jalan berpasir di Maafushi dan pengangkutan paling popular di kalangan penduduk tempatan adalah motosikal atau basikal. Kebanyakan pelancong akan ke sana sini berjalan kaki sahaja. Saya perhatikan hanya sedikit sahaja kereta di pulau ini.

MEMANCING DI KALA SENJA

Selepas mendaftar diri di rumah tetamu saya dan berehat untuk beberapa ketika, saya keluar untuk aktiviti memancing. Ini pertama kali saya memancing dan apatah lagi di waktu senja. Pengalaman ini amat menyeronokkan dan bagi saya dapat menikmati pemandangan waktu senja adalah lebih menarik daripada memancing.

Terdapat kira-kira 20 orang termasuk kakitangan di dalam bot untuk aktiviti menangkap ikan. Kami diberi joran yang panjang. Bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman memancing, kakitangan bot sedaya upaya cuba membantu supaya dapatlah juga keseronokan memancing.

Pada keesokan paginya, saya bersiar-siar di tepi pantai untuk menikmati udara pagi dan merasakan cahaya matahari pagi.

Dalam saya asyik melihat pemandangan sekeliling, tiba-tiba terdengar bunyi air laut berkocak dan saya pantas mengalihkan pandangan mencari arah bunyi berkenaan dan ketika itulah saya melihat beberapa ekor anak ikan jerung berenang hampir dengan pantai.

Satu lagi aktiviti yang mesti dilakukan ketika bercuti di Maldives ialah snorkeling kerana terdapat banyak terumbu karang dan pelbagai jenis kehidupan marin. Antara tempat paling popular untuk snorkeling adalah Banana Reef dan Maavelathu di mana terdapat ikan pelbagai warna dan saiz.

Untuk aktiviti snorkeling, pelancong akan dibawa makan tengahari di tebing pasir dan kemudiannya menaiki bot untuk melihat pemandangan sebelum berhenti di satu tempat tertentu untuk menyaksikan aksi ikan lumba-lumba.

Bagi saya, Turtle Reef adalah tempat paling menarik untuk snorkeling di Maldives kerana banyak peluang melihat penyu dan mengambil gambar dengan reptilia yang tangkas berenang ini dalam habitat semula jadi.

MELAWAT KE PULAU PERIBADI

Pelancong yang tinggal di Maafushi boleh memilih untuk mengadakan lawatan sehari ke pusat peranginan mewah atau kelab yang terletak di pulau yang terkenal dengan keindahannya. Bayarannya ialah AS100 (kira-kira RM417) seorang.

Saya memilih untuk ke Adaaran Club Rannalhi, pusat peranginan mewah terletak di kawasan South Male Atoll. Pusat peranginan ini hampir memenuhi seluruh kawasan pulau dan ia mempunyai taman tropika dan “banglo air” – bayaran untuk semalam menginap di pusat percutian yang mungkin membuatkan anda terduduk ialah ialah AS500 (kira-kira RM2,086).

Ketika bersiar-siar di kawasan pusat pelancongan ini, saya boleh lihat tetamu yang sudah tentunya kaya menggunakan khidmat jurugambar profesional untuk mengambil gambar mereka berlatar belakangkan banglo air yang sungguh canti.

Pengunjung ke pusat peranginan seperti ini lazimnya akan menggunakan kesempatan berbaring di buaian atau duduk santai di kerusi sambil membaca atau sekadar menikmati pemandangan panorama yang indah dan mendamaikan.

Diterjemah oleh Melati Mohd Ariff – BERNAMA

Kategori