Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

41 Pemain Dan Pegawai...

JOHOR BAHRU - Seramai 41 pemain dan pegawai kelab bola sepak Johor Darul...

Mohamad Laksana Tugas Presiden...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini...

Tun M Hadiri Persidangan...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat...

Air Mengandungi Serbuk Abate...

KUALA LUMPUR - Cuaca panas yang disebabkan fenomena El Nino mendorong masyarakat untuk...

Industri Bekalan Makanan, Perubatan Dibenar Terus Beroperasi

PUTRAJAYA – Syarikat pengeluar, pemborong, logistik, peruncitan dan e-dagang, yang telah diberikan pengesahan untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dibenarkan untuk meneruskan operasi sepanjang tempoh lanjutan PKP sehingga 14 April ini.

Menteri berkenaan Datuk Alexander Nanta Linggi berkata bagaimanapun pelaksanaan pengoperasian semasa PKP seperti waktu operasi adalah tertakluk kepada arahan lain daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. 

“Kementerian berharap para pemain industri memberi kerjasama penuh sepanjang tempoh PKP dan mematuhi syarat-syarat untuk beroperasi yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanta menjelaskan surat pengesahan KPDNHEP kepada pemain industri hanyalah melibatkan sektor bekalan makanan dan perubatan.

Pengesahan itu turut dipanjangkan kepada setiap rantaian pengedaran serta subsektor yang menyokong dan membantu pemain industri dalam sektor bekalan makanan dan perubatan.

Selain itu, Nanta berkata kebenaran untuk bekerja hanya terpakai kepada pekerja-pekerja yang disenaraikan dalam permohonan syarikat yang diluluskan oleh KPDNHEP. 


“Pihak majikan perlu menyediakan salinan surat kelulusan KPDNHEP berserta lampiran senarai pekerja untuk memudahkan pergerakan pekerja-pekerja terbabit ke tempat kerja, menghantar bekalan dan pulang ke lokasi kediaman,” katanya.

Menurutnya langkah itu penting bagi memastikan penularan virus COVID-19 dapat dibendung secara efektif. 

Bagi mendapatkan penerangan lanjut, pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian 03-8882 5881/ 5905 atau emel kepada [email protected].

Kategori