Indonesia Paling Tidak Selamat Bagi Wanita Di ASEAN

INDONESIA diletakkan di tangga pertama negara paling tidak selamat di ASEAN bagi kaum wanita, menurut satu kaji selidik yang dibuat oleh ValueChampion.

Syarikat yang berpangkalan di Singapura itu turut mendapati, Indonesia kini berada di tempat kedua negara paling berbahaya di rantau Asia Pasifik selepas India.

Manakala, Filipina pula di tempat ketiga.

“Walaupun ada campur tangan dari kerajaan termasuk usaha untuk melaksanakan undang-undang yang melindungi keselamatan wanita, sikap patriarki sama ada disebabkan oleh budaya atau keagamaan menyebabkan wanita takut tentang keselamatan mereka lebih dari di negara lain dalam senarai kami,” kata laporan itu.

Kata laporan itu, di Indonesia, walaupun terdapat undang-undang melarang rogol, penderaan domestik dan lain-lain bentuk keganasan, satu tinjauan kerajaan pada 2016 mendapati, sekitar 33 peratus wanita berusia antara 15 dan 64 tahun pernah menjadi mangsa keganasan.

Menurut syarikat itu, kajian tersebut dibuat berdasarkan beberapa perkara.

Antaranya ialah akses kepada penjagaan kesihatan, undang-undang keselamatan wanita, akses kepada perancangan keluarga yang lemah dan ketidaksamaan keseluruhan. – Astro AWANI

Loading...