Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

6 Kakitangan Kerajaan Sertai...

MESKIPUN sudah diberi peringatan oleh pihak berkuasa namun masih ada yang mencari 'bala' dengan...

Kantoi Drama Rafizi Konon...

PUTRAJAYA - Hasrat Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli menagih simpati orang ramai...

Harga Minyak Jatuh: Bajet...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan langkah...

Wow.. Cuma 4 Jam...

ALOR SETAR - Sukar dibayangkan apabila perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) dari Padang Besar,...

Indonesia Makin Galak Tarik Pelaburan Mega China

LAWATAN lima kali Presiden Indonesia, Joko Widodo ke China sejak 2015 ternyata membuahkan hasil apabila jumlah pelaburan China di Indonesia meningkat dua kali ganda dalam dua tahun ini.

Pelaburan langsung asing daripada China kukuh pada nilai AS$1.6 bilion dari Januari hingga September, satu peningkatan sebanyak AS$600 juta daripada jumlah keseluruhan tahun lalu.

Menurut data yang dikeluarkan Badan Koordinasi Pelaburan Modal Indonesia, pelabur China malah telah mencagarkan AS$6.1 bilion dalam bentuk pelaburan di Indonesia untuk tempoh sembilan bulan, lapor Bloomberg.

China kini merupakan pelabur ketiga tertinggi di Indonesia selepas Singapura dan Jepun, menjangkaui Amerika Syarikat (AS) untuk tahun ini.

Secara kebetulan, ekonomi kedua terbesar di dunia itu juga sedang giat memindahkan kebanyakan lebihan kapasiti pengilangannya ke kawasan luar pesisir.

Keadaan ini jelas mencerminkan hubungan yang semakin erat antara China dengan Indonesia selepas Jokowi berjaya meyakinkan Beijing untuk mewujudkan program pembinaan jalan raya, perlabuhan dan trek kereta api.

“Potensi pelaburan daripada China akan kekal tinggi pada masa akan datang dan akan tetap kekal di antara lima teratas,” kata Azhar Lubis, timbalan pengerusi bahagian penyeliaan pelaburan badan permodalan tersebut.

“Cabaran terbesar adalah bagaimana minat atau rancangan-rancangan tersebut mampu direalisasikan dalam masa terdekat ini.”


Indonesia bukanlah satu-satunya negara ASEAN yang cuba untuk mendapatkan pelaburan daripada China.

Filipina turut mengambil langkah sama meningkatkan kemasukan pelaburan asing dari China, malah Presiden Rodrigo Duterte mengumumkan untuk memutuskan hubungan ketenteraan dengan AS selepas bertemu Xi di Beijing bulan lalu.

Menurut kerajaan Filipina, lawatan itu dikatakan bakal menarik pelaburan perniagaan dalam negeri sebanyak AS$24 bilion.

Selain itu, Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk menguatkan lagi hubungan dua hala dari sudut ekonomi menerusi lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selama lima hari bermula 1 November lalu.

Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Putrajaya dan Beijing terus kukuh, dengan jumlah pelaburan China di Malaysia dijangkakan terus meningkat, kata pemimpin negara itu lagi.

Beliau berkata tahun lepas, China melabur AS$2 bilion (RM8.4 bilion) di Malaysia dan menjangkakan angka itu akan meningkat berasaskan aliran meningkat dalam pelaburan sejak lima tahun lepas.

“China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia pada 2015, kedudukan yang dikekalkan sejak 2009. Jumlah dagangan dua hala pada 2015 sebanyak AS$100 bilion,” katanya pada Mesyuarat Meja Bulat bersama 30 Peneraju Industri China di sini pada Selasa. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori