Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Princess Syahrini Dan Queen...

USAHAWAN produk kecantikan terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk...

PGA Rampas Rokok Seludup...

KUCHING - Pasukan Polis Gerak Am (PGA) merampas rokok seludup yang dianggar bernilai...

PPIM Seru Polisi Asas...

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru agar kerajaan dan pihak bank mengeluarkan satu...

Suami Aktres Korea, Sung...

SUAMI kepada pelakon senior Korea Selatan, Sung Hyun Ah dilaporkan telah meninggal dunia...

Indomie Makanan Indonesia Paling Laris Di Afrika

JAKARTA – “Saya mempunyai seorang teman baik, warganegara Amerika Syarikat (AS). Dia sangat menyukai makanan Indonesia, terutamanya hidangan mi segera jenama terkenal Indomie.

“Meskipun menetap di negeri termaju California, tidak susah bagi dirinya untuk menemui dan membeli Indomie kerana beberapa kedai Asia seperti di Los Angeles dan San Francisco sering menjual produk mi popular tersebut.

“Bagaimanapun, bukan hanya di AS, Indomie dikenal ramai. Jenama tersebut juga popular di lebih 100 buah negara termasuk di benua Eropah, rantau Asia Barat, sehingga ke benua Afrika selain sebahagian besar Asia sendiri.

“Indomie diperkenalkan sejak 1982 dan kini ada di banyak negara antaranya AS, Australia, Britain, rantau Timur Tengah dan sebagainya,” tulis pengeluar Indomie, PT Indofood Sukses Makmur Tbk menerusi laman webnya.

Menurut portal berita antarabangsa The Economist, syarikat ditubuhkan pada 1972 itu sendiri ialah pengilang mi segera terbesar di dunia dengan 16 buah kilang menghasilkan sebanyak 15 bilion bungkusan Indomie setiap tahun.

Indomie Makanan Indonesia Paling Laris Di Afrika

Tidak hanya di Indonesia, Indomie dieksport langsung ke lebih 60 buah negara di seluruh dunia yang tidak mempunyai kilang pengeluarannya sehingga mengatasi jenama Maggi keluaran gergasi Nestle dari Switzerland.

Pasaran utama Indofood kini telah meliputi AS, Australia, Kanada, Papua New Guinea, Jepun, Hong Kong, Taiwan, Timur Leste, Jordan, Arab Saudi, Iraq, New Zealand dan negara-negara lain di Eropah, Afrika dan Asia.

Menurut akhbar The Guardian Nigeria, Indomie di Afrika dihasilkan oleh Dufil Prima Foods Plc dan awal tahun ini, ia dinobatkan sebagai produk mi segera paling banyak dipilih di Afrika berdasarkan rekod sepanjang 2016 lalu.

Indomie malah berada pada peringkat atas dalam kategori Barangan Pengguna Paling Pantas Berkembang di Afrika yang meliputi produk harian dengan jualan tinggi dan harga relatif rendah seperti roti, minuman ringan dan pasta.


Menerusi kajian itu, Indomie memperoleh nilai tertinggi Consumer Reach Points (CRPs) iaitu tanda ukuran yang menghitung penembusan sebuah jenama dan kekerapan pembelian berdasarkan data 300 bilion jualan pada 2016.

Akhbar berpengaruh Indonesia, KOMPAS turut memetik laporan The Economist itu yang menilai kepesatan tahap penggunaan beras dan gandum di seluruh Afrika sebagai makanan ruji penduduk benua tersebut seperti mana Asia.

Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa Bersatu mengunjurkan, penggunaan nasi per kapita tumbuh sangat tinggi di rantau Sub-Sahara Afrika, jika dibandingkan dengan kawasan lainnya di benua berkenaan.

Namun, paling menarik adalah penggunaan makanan diproses juga tidak kalah pertumbuhannya terutama di negara-negara miskin di Asia dan Afrika apabila mi segera yang bahan induknya ialah gandum sangat pesat dijual.

“Indomie, jenama asal Indonesia, mula menghasilkan mi segera di Nigeria pada 1990-an kini memiliki pesaing di negara Afrika itu dan permintaan juga meningkat di kawasan lain di Asia Barat,” tulis The Economist awal bulan ini.

Berbeza dengan pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei, pek Indomie di Afrika hanya meliputi jenis perasa ayam sama ada bungkusan 70 gram, 120 gram dan 210 gram selain perasa oriental. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori