Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Shahidan Pengerusi BPUN Perlis,...

BATU PAHAT – Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan...

Komik ‘Kampung Boy’ Raih...

KUALA LUMPUR - Komik 'Kampung Boy' terjemahan bahasa Jepun meraih tempat kedua Anugerah...

Kenyataan Dr. Asyraf Wajdi...

KUALA LUMPUR – Berikut kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal...

Tular Rakaman CCTV Pekerja...

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang individu...

Individu Sebar Kenyataan Sensitif Politik Giat Dikesan

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat mengesan beberapa individu susulan kenyataan sensitif yang dimuat naik dalam laman sosial berhubung krisis politik negara selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan perdana menteri meletakkan jawatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata pada Khamis lepas, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah menjalankan siasatan ke atas satu kenyataan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘Sharifah Sofia Syed Rashid III’ yang turut  dikongsi pemilik akaun Facebook ‘Zali Zakri’, ‘Kunak Sabah Balacan’ dan ‘Malek Hj Lahab’.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengesan suspek yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Huzir menyeru orang ramai agar tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita yang boleh menyebabkan kegentaran kepada orang awam bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.


“Polis juga menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang, mengeluarkan apa-apa kenyataan ataupun memuat naik sebarang artikel yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam atau mendatang kebencian kepada mana-mana pihak,” katanya.

Tegasnya, polis tidak akan berkrompomi dan akan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu tentang keadaan yang berlaku di Istana Negara berhubung isu jawatan Perdana Menteri.

Kategori