India Rampas Aset London, New York Nirav Modi

NEW DELHI: – Pihak berkuasa India semalam berkata, mereka merampas aset pereka barang kemas bilionair dalam buruan, Nirav Modi bernilai kira-kira AS$87 juta (RM360.18 juta), memberi tekanan kepada seorang daripada suspek utama kes penipuan bank utama kerajaan membabitkan AS$1.8 bilion (RM7.45 bilion).

Aset dirampas termasuk akaun bank luar negara dan perhiasan dipenuhi berlian bernilai AS$3.1 juta (RM12.83 juta) yang dibawa pulang ke India dari Hong Kong menerusi 23 penghantaran, kata Direktorat Penguatkuasaan (ED).

โ€œBarang kemas itu dipindahkan keluar selepas polis persekutuan India mendaftarkan kes penipuan terhadap Modi Januari lalu. Kerjasama antarabangsa kini membuahkan hasil.

โ€œIa menjurus rampasan dan penjejakan barang kemas, akaun bank dan hartanah tidak boleh ubah bernilai AS$87 juta di India serta empat bidang kuasa asing,โ€ kata ED dalam satu kenyataan.

Senarai aset dirampas termasuk sebuah hartanah di London bernilai kira-kira AS$7.8 juta (RM32.39 juta) dan dua lagi di New York dinilaikan pada AS$29 juta (RM120.06 juta).

Modi, kali terakhir dilihat di Britain, lari dari India Februari lalu selepas pihak berkuasa menuduhnya menipu Punjab National Bank.

Modi dan bapa saudara serta rakan kongsinya, Mehul Choksi, juga seorang pedagang berlian, dituduh secara haram mengalihkan pinjaman daripada bank itu kepada syarikat asing. Choksi kini berada di Antigua.

Modi, 47, memiliki kedai mewah di beberapa bandar utama dunia dan berbangga memiliki pelanggan selebriti termasuk aktres Naomi Watts, Kate Winslet dan Priyanka Chopra.

Sebelum kes itu, Forbes menganggarkan kekayaannya bernilai AS$1.73 bilion (RM7.16 bilion), meletakkannya di tangga ke-85 individu terkaya di India. Dia bagaimanapun disingkirkan daripada senarai itu.

Pada Februari dan Mac lalu, ED merampas rumah ladang, barang kemas antik mewah, jam tangan dan lukisan milik Modi. – AFP/BH ONLINE

Loading...