India Nafi Sekat Import Dari Malaysia

NEW DELHI – Menteri Perdagangan India, Piyush Goyal menafikan bahawa negara itu telah mengenakan sekatan ke atas import dari Malaysia.

“Saya tidak fikir kami telah sebarang sekatan terhadap import dari Malaysia atau Turki, dan kami juga tidak pertimbangkan untuk melaksanakannya,” kata menteri tersebut ketika bercakap pada sidang tahunan ‘Raisina Dialogue’ di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi memberi respons kepada laporan media yang memetik daripada sumber-sumber tanpa mendedahkan namanya bahawa kerajaan India merancang untuk melarang import dari Malaysia dan Turki kerana pendirian mereka terhadap isu Kashmir.

Malaysia menikmati lebihan dagangan dengan India, manakala Turki mengalami defisit perdagangan.

India telah mengehadkan import ke atas minyak sawit bertapis, langkah yang mungkin menjejaskan pengeksport Malaysia lebih daripada Indonesia, satu lagi pengeksport minyak sawit global utama.

Goyal menafikan langkah itu dibuat terhadap Malaysia.

“Sebarang larangan kami dilaksanakan harus dikenakan kepada semua negara secara seragam,” katanya.

Loading...