Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kutuk Make Up Bercapuk,...

BEBERAPA hari lalu, mak nyah kontroversi Safiey Ilias menerusi Instagram peribadinya memuat naik satu...

PH Tipu Rakyat, Tambah...

BEBAN... Baru-baru ini rakyat gempar apabila laporan Bank Negara Malaysia (BNM) dedah hutang...

2 Maut Nahas Babit...

SEREMBAN - Dua maut dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di Kilometer (KM)...

80% Bomba Labuan Bertugas...

LABUAN Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada 89 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan akan...

Imran Pemimpin Asing Pertama Lawat SPRM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan hari ini menjadi pemimpin luar negara pertama melawat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak badan pencegah rasuah itu ditubuhkan 51 tahun lepas.

Imran Khan tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira 3.30 petang sebagai sebahagian daripada aturcara beliau sempena lawatan kerja dua harinya ke Malaysia dan meluangkan masa kira-kira 30 minit di agensi berkenaan.

Lawatan Imran Khan itu diiringi Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang turut memberi taklimat kepada pemimpin Pakistan itu berkenaan operasi SPRM.

“This is first time in the history, prime minister made a visit to MACC (Ini adalah pertama kali dalam sejarah seorang Perdana Menteri melakukan lawatan ke SPRM),” kata Mohd Shukri ketika ditemui media selepas kunjungan itu.

Menurut Mohd Shukri, Imran Khan bertanya sama ada siasatan SPRM menetapkan nilai sogokan di mana beliau menjelaskan agensi itu akan tetap menjalankan siasatan sekalipun nilainya hanya RM5.


Menurutnya lagi, Imran Khan juga bertanya sama ada kuasa SPRM boleh menyiasat hakim, tentera di mana beliau menjelaskan bahawa undang-undang negara ini merangkumi semua orang dan “tidak memilih”.

Mohd Shukri berkata SPRM mempelawa Perdana Menteri Pakistan itu untuk menghantar pegawai negaranya untuk menjalani latihan dan kursus yang dikendalikan SPRM.

“Di Pakistan, ada badan yang menjalankan siasatan mengenai rasuah dikenali sebagai National Accountability Bureau yang berada di bawah Ministry of Justice…. mereka tidak sama seperti kita tetapi mereka mahu belajar daripada kita,” katanya. – BERNAMA

Kategori