Implan Silikon Zakar Palsu Anjing Jadikan Miller Jutawan

IA kedengaran seperti sesuatu yang pelik tapi itulah yang menjadikan Gregg Miller sebagai jutawan.

Apa yang menyebabkan dia menjadi kaya? Miller, 64, yang berasal dari Missouri telah mencipta implan silikon untuk zakar palsu bagi binatang.

Implan yang dikenali sebagai Neuticles itukini menjadi popular dan dijual pada harga RM517 setiap satu.

Setakat ini 500,000 set telah dijual dan terdapat 32 pelabur yang membelanjakan sebanyak RM390,000 untuk membangunkan alat berkenaan.

Semasa mula-mula diperkenalkan, ia tidak begitu menarik perhatian sehingga tempoh lima tahun namun kini permintaan terhadapnya semakin meningkat.

“Ujian pertama dilakukan ke atas 30 ekor anjing dan ia tidak menghadapi sebarang masalah. Alat ini pertama kali dijual secara komersial pada 1995.

“Ibu bapa saya menganggap saya gila. Semua orang tahu ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dibayangkan langsung. Tiada pencetak yang mahu menerbitkan material mengenainya,’’ kata Miller ketika menceritakan mengenai pengalamannya memulakan perniagaan terbabit.

Dia kemudiannya membeli iklan dalam majalah khusus untuk anjing dan turut menawarkan Neuticles secara percuma kepada orang ramai.

Akhirnya perniagaan itu semakin berkembang dan dia mula mendapat kira-kira 250 ke 500 maklum balas setiap hari.

Apa yang pasti, idea Miller ini boleh dianggap sebagai gila namun ia cukup untuk menjadikan dia kaya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...