Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Kabinet Malaysia Tidak Boleh...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar mendakwa Kabinet...

Polis Gagalkan Cubaan 2...

JOHOR BAHRU - Cubaan dua lelaki untuk memecah masuk sebuah kedai di Jalan...

3,429 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 3,429 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.Ikuti Mynewshub: TelegramKes aktif...

Tiada Sindiket Besar Curi...

BANGKOK - Penangkapan Robin Hai atau Nyo Ah Hai, dalang utama kepada sindiket...

Impian Malaysia Miliki Pasukan MotoGP Jadi Realiti

IMPIAN Malaysia untuk memiliki pasukan MotoGP sendiri akhirnya menjadi kenyataan tahun ini.

Sebelum ini peminat permotoran negara dihidangkan aksi sengit pasukan Malaysia berlumba di peringkat antarabangsa dalam kategori Moto2 dan Moto3 sahaja.

Namun tahun yang baik buat Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team yang ditaja Petronas bakal bersaing pada Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) 2019 dengan lengkap merangkumi tiga kategori iaitu MotoGP, Moto2 dan Moto3.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata, hari yang paling bermakna buat semua peminat sukan permotoran tanah air terutamanya bagi sukan motosikal.

“Hari yang bersejarah untuk sukan permotoran Malaysia dengan pelancaran pasukan MotoGP sendiri.

“Ianya satu impian yang dinanti-nantikan semua peminat motosikal Malaysia dalam sukan MotoGP untuk melihat kita ada pasukan sendiri dan kini ia menjadi kenyataan.

“Kita harap dalam tempoh dua tahun kita akan tetapkan seorang pelumba Malaysia dalam pasukan utama ini (MotoGP),” ujarnya selepas majlis perasmian pasukan dan pelumba-pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team pada Isnin.

Menurut Razlan, walaupun ia tahun pertama pasukan MotoGP Petronas Yamaha Sepang Team bersaing, beliau tetap menaruh cita-cita tinggi untuk melihat keputusan terbaik.


“Bagi tahun pertama kami meletakkan sasaran untuk berada dalam ‘top 6’ bagi MotoGP.

“Bagi kategori Moto2, kita bagi sedikit masa kepada pelumba tunggal tempatan, Khairul Idham Pawi yang juga pelumba baharu dalam pasukan ini.

“Biar dia sesuaikan diri dengan jenteranya termasuk enjin dan lain-lain. Saya harap dia mampu berada dalam kelompok 15 pelumba terbaik.

“Manakala bagi kategori Moto3 harapan yang diletakkan agak tinggi untuk melihat pelumba kita berada dalam kelompok kelima,” ujarnya.

Pelumba kelahiran Itali, Franco Morbidelli akan mengetuai jentera MotoGP bersama seorang lagi pelumba baharu dari Perancis, Fabio Quartararo, manakala pelumba kelahiran Jepun Ayumu Sasaki dan John McPhee bakal menunggang jentera Moto3. – mStar Online

Kategori