Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengecilan Jumlah Kakitangan MAS...

KUALA LUMPUR - Usaha 'menyelamatkan' Malaysian Airlines System Bhd (MAS) wajib dimulakan dengan...

Catur Dalam Senarai Akhir...

KUALA LUMPUR - Sukan Para ASEAN kesembilan akan menampilkan 16 sukan, dengan catur...

Jalur Gemilang Bintang 5:...

KUALA LUMPUR - Polis telah memanggil Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk...

11 Ekor Gajah Putih...

BANGKOK - Sebelas ekor gajah putih yang dibawa dari Ayutthaya memberi penghormatan terakhir...

Imigresen Selangor Tahan 124 PATI Dalam Ops Mahir

SHAH ALAM – Sebanyak 124 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam ‘Ops Mahir’ di sebuah pasar raya di Bukit Beruntung, Rawang, dekat sini, semalam.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata operasi hampir empat jam bermula pukul 2.30 petang itu dijalankan atas risikan pihaknya selepas menerima banyak aduan daripada penduduk tempatan berhubung kehadiran PATI terbabit.

Beliau berkata sebanyak 215 warga asing diperiksa dalam operasi tersebut namun hanya 124 orang ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya berada di negara ini tanpa pas atau permit yang sah, tinggal lebih masa serta melanggar syarat pas.

“Kesemua PATI yang ditahan adalah lelaki berumur lingkungan 20 hingga 52 tahun dan hasil pemeriksaan mendapati mereka bekerja di pasar raya tersebut sebagai pekerja am gudang. Tempoh berapa lama mereka bekerja di situ masih dalam siasatan.

“PATI yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh sebanyak 79 orang; India (24); Nepal (20); dan warga Indonesia seorang. Kesemua mereka direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohamad Shukri turut menegaskan bahawa pihaknya sedang mengesan majikan yang menggajikan kesemua PATI itu dan akan menahannya untuk didakwa di mahkamah sekiranya melanggar peruntukan undang-undang sedia ada. – BERNAMA

Kategori