Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Media Barat Dan Minda...

ALAM siber pembangkang kecoh lagi apabila majalah konservatif British, The Economist menerbitkan artikel...

Seluar ‘Peha Ayam Goreng’...

FESYEN seluar 'peha ayam goreng' kini menjadi trend di media sosial selepas ia...

Anak Dan Bapa Maut...

JOHOR BAHARU - Seorang anak dan bapanya maut dalam nahas di Kampung Serom...

Polis Kluang Tahan Individu...

KUALA LUMPUR – Polis Kluang hari ini menahan seorang individu yang menghina mendiang...

Imigresen Nafi Pemeriksaan Ke Atas Mahathir

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia tidak melakukan pemeriksaan ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berada di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sebelum berlepas ke Subang, Selangor.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihak imigresen tidak melakukan pemeriksaan ke atas pemimpin pembangkang tersebut memandangkan beliau menaiki penerbangan domestik.

“Saya telah mendapatkan maklumat dan pengesahan daripada Pengarah Imigresen Terengganu (Rahim Hanafi ) menyatakan ada penerbangan dari Kuala Terengganu ke Subang yang dinaiki Tun Mahathir.

“Namun tiada pemeriksaan dilakukan ke atas beliau (Pengerusi Pakatan Harapan tersebut) kerana itu merupakan penerbangan domestik,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu ketika berceramah di Dengkil, Mahathir mendakwa beliau diperiksa oleh pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia ketika berada di Terengganu sebelum terbang ke Subang.


​​​​​​​“Saya baru balik dari Terengganu pagi tadi. Terengganu dalam Malaysia dan saya diperiksa oleh kastam dan imigresen. Kami tidak membawa apa apa dengan kami lagipun kami sudah berada dalam Malaysia,” katanya.

​​​​Mahathir ​​​​​​​sebelum ini mendakwa pesawat yang sepatutnya menerbangkan beliau dari Subang ke Langkawi baru-baru ini disabotaj namun dinafikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAMM) hasil pemeriksaan menyeluruh. – BERNAMA

Kategori