Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

900 Guru Di Sarawak...

SIBU - Lebih 900 guru Bahasa Inggeris di Sarawak akan menghadiri seminar tiga...

Zahirah Senang Bergandingan Dengan...

TERAJU utama drama 'Duda Pujaan Dara' iaitu Zahirah Macwilson mengakui tidak kisah digandingkan...

Lahad Datu Terima Mesin...

LAHAD DATU - Hospital Lahad Datu di sini menerima  sebuah lagi mesin  hemodialisis baharu...

Rebat RM4,000 Untuk Proton...

PROTON Holding Berhad dalam satu kenyataan menghargai inisiatif kerajaan dan mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat...

Imam Hawaii Cabar Larangan Perjalanan Trump

HONOLULU – Peguam Negara Hawaii, Doug Chin mengemukakan saman ke atas larangan perjalanan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap tujuh negara Islam.

Beliau dengan tegas mengatakan perintah eksekutif presiden tersebut bercanggah dengan budaya pulau itu yang mengalukan kepelbagaian budaya dan nilai.

Bertindak selaku plaintif dalam saman persekutuan itu adalah Ismail Elshikh yang juga seorang imam di satu-satunya masjid di Oahu, asalnya rumah ladang di kawasan bukit di Honolulu dekat pantai Waikiki.

Peguam Negara berkata, ibu mertua Elshikh ialah warga Syria yang menetap di Syria tetapi tidak dapat melawat keluarganya di Hawaii hanya kerana larangan terbabit.

Ini sekali gus melucutkan hak Elshikh, isterinya dan anak-anak mereka sebagai warga AS.

Menurut Chin, saiz penduduk Islam yang kecil di Hawaii iaitu 5,000 orang atau kira-kira satu peratus daripada seluruh populasi tidak mempunyai kaitan dengan keputusan beliau untuk mencabar larangan perjalanan itu.

“Ini kerana mereka beranggapan adalah sebahagian daripada anggota masyarakat. Mereka tidak seharusnya dilabel dengan menggunakan andaian bahawa mereka adalah pengganas,” katanya.


Presiden Persatuan Islam Hawaii, Hakim Ounsafi berkata, agak sukar untuk Elshikh yang terkenal dengan sikap pemalu dan pendiam untuk membuat keputusan menyertai tindakan undang-undang itu.

Katanya, Elshikh juga tidak bercakap di khalayak ramai kerana alasan perundangan dan takut akan keselamatan dirinya di negara yang semakin meningkat ancaman terhadap orang Islam sejak Trump terpilih.

“Ia memerlukan pertimbangan. Ia memerlukan sedikit pujukan,” kata Hakim. – AP/BH ONLINE

Kategori