Ilmu Hisab Mana PH Guna Kira Sasaran KDNK 2030 – Najib

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.36% setiap tahun hingga tahun 2030 untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan bukannya 4.7% seperti yang dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika hanya 4.7% setahun, KDNK negara hanya RM2.53 trilion pada tahun 2030 jadi sasaran KDNK RM3.4 trilion tidak dapat dicapai.

Lantaran itu, bekas perdana menteri itu bertanya bagaimana kesilapan besar untuk dasar yang penting ini boleh berlaku.

Najib berkata, kalau andaian utama dengan sasaran utama pun sudah salah maka WKB 2030 sudah gagal sebelum ianya sempat bermula.

“Korang buat majlis besar-besar umum dasar 10 tahun, jemput semua wartawan-wartawan lalu buat kesilapan matematik macam ini ke?

“Bukan saya seorang je yang nampak kesilapan yang memalukan ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurutnya, Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia juga telah memaklumkan perkara ini.

Kata Kamal Salih, Malaysia perlu mencapai pertumbuhan ekonomi antara 6% hingga 8% untuk merealisasikan WBK2030 bukan 4% atau 5%. – MalaysiaGazette

Loading...