Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRU14: DAP Tak Senaraikan...

PETALING JAYA – Anggota Parlimen DAP kawasan Kepong selama lapan penggal, Dr. Tan...

Insiden Tebusan Berlaku Pula...

Bagaikan satu kebetulan, satu serangan melibatkan insiden tebusan berlaku di bandar Ghent, Belgium...

Kes Saman Keluarga Aminulrasyid...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 9 Mac ini untuk mendengar...

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat...

KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi kedua yang melanda...

“Ikut Arahan Atau Berhenti Kerja” – Saksi

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu bahawa budaya kerja di 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah perlu mengikut arahan atau berhenti kerja.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman, memberitahu bahawa arahan yang perlu diikut dan diterima adalah daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low. 

Ketika disoal peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam pemeriksaan balas kes 1MDB, sama ada Jho Low pernah mengugut sekiranya tidak mengikut arahan, maka beliau akan diberhentikan, Mohd Hazem berkata “Tidak”.

“Tetapi di 1MDB, cara mereka bekerja adalah anda perlu ikut arahan, jika tidak mahu, maka, lebih baik berhenti.

“Itulah adalah cara 1MDB, sama ada anda ikut arahan atau cari jalan keluar dan saya akhirnya meletakkan jawatan di syarikat itu,” katanya yang juga saksi ke-10 pendakwaan.

Wan Aizuddin: Apa yang berlaku di 1MDB sehingga anda berfikiran sebegitu?

Mohd Hazem: Itu adalah arahan.

Wan Aizuddin: Arahan daripada Jho Low?

Mohd Hazem: Ya

Wan Aizuddin: Sebagai CEO, bukankah anda yang sepatutnya memberi arahan dan bukan menerima?

Mohd Hazem: Malangnya, perkara itu tidak berlaku di 1MDB.

Sementara itu, Mohd Hazem turut memberitahu beliau pernah menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada Jho Low membabitkan beberapa perkara.

Katanya, antara perkara yang disuarakan membabitkan kertas cadangan mendapatkan YTL Energy.


“Pada pandangan saya jumlahnya adalah sangat tinggi dan akan memberi imej buruk kepada 1MDB.

Wan Aizuddin: Bila tu?

Mohd Hazem: 2012 atau 2013

Wan Aizuddin: Ketika itu anda CEO atau Ketua Pegawai Operasi (COO)?

Mohd Hazem: COO, kemudian saya dilantik sebagai CEO.

Wan Aizuddin: Walaupun kebimbangan itu disuarakan kepada Jho Low, anda masih dilantik sebagai CEO?

Mohd Hazem: Ya

Wan Aizuddin: Jadi tiada bahaya kepada kerjaya anda di 1MDB sekiranya mempunyai isu dengan mana-mana transaksi?

Mohd Hazem: Saya hanya menyuarakan ketidakpuasan hati saja, namun saya masih perlu mengikut arahan.

Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – BH Online

Kategori