Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bersyukur, Balas Budi Terus...

KULIM - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengajak seluruh rakyat...

PAS Pusat Sindir Veteran...

KUALA LUMPUR - Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki...

APM Hantar Pasukan Bantu...

ALOR SETAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menghantar dua pasukan yang...

Anak Perempuan Bruce Willis...

Ternyata anak kepada pelakon Bruce Willis dan Demi Moore, Scout Willis, 23, tidak...

IKRAM Sokong Cadangan KPM Mansuhkan UPSR

PERTUBUHAN IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan sistem pentaksiran pendidikan yang holistik.

IKRAM Sokong Cadangan KPM Mansuhkan UPSR
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof. Dr. Omar Yaakob.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof. Dr. Omar Yaakob berpandangan sistem peperiksaan UPSR kini terlalu bersifat ‘high stake examination’ berorientasikan ranking dan ini telah menimbulkan gejala tidak sihat dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan sekolah.

IKRAM menyokong agar pentaksiran UPSR yang kini berbentuk sumatif yang hanya menekankan pencapaian akhir pelajar digantikan dengan pentaksiran formatif yang berbentuk ‘developmental’ secara berterusan.

Hasil pentaksiran formatif dapat memberi maklum balas mengenai perkembangan pelajar sekaligus membolehkan tanda aras pencapaian dan prestasi pelajar diperoleh untuk memperbaiki kurikulum dan pedagogi yang diguna pakai oleh pendidik dalam proses PdP (Pengajaran dan Pembelajaran).

IKRAM juga mengalu-alukan cadangan KPM untuk menetapkan pelajar hanya dinilai 50 peratus dalam akademik dan 50 peratus lagi dinilai oleh pihak sekolah seperti kedatangan, kokurikulum dan sikap pelajar.

IKRAM ingin mengesyorkan agar sistem pentaksiran kebangsaan mengambil kira perkara-perkara berikut:


1. Sistem pentaksiran yang holistik perlu dijadikan teras kepada sistem pendidikan kebangsaan sehingga terlahir insan seimbang dan harmonis seperti mana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Kepimpinan sekolah, pendidik dan ibu bapa sebagai komponen kritikal dalam kejayaan sistem pendidikan hendaklah memahami, menghayati dan melaksanakan falsafah pentaksiran holistik. Komitmen daripada pihak sekolah untuk melaksanakannya secara serius adalah amat penting bagi menjamin kejayaannya.

3. Prasarana dan sistem sokongan yang padu perlu disediakan bagi memberi kemudahan kepada guru-guru untuk melaksanakan pentaksiran ini. – MYNEWSHUB.CC 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori