IKEA Batu Kawan Mula Beroperasi

SEBERANG PERAI – Gedung perabot terkemuka dari Sweden yang keempat di negara ini, Ikea Batu Kawan di sini dibuka secara rasmi tepat pukul 10 pagi hari ini.

Acara menggergaji kayu yang merupakan budaya tradisi Sweden disempurnakan sebagai gimik pelancaran gudang yang menelan belanja kira-kira RM650 juta itu.

Hadir pada acara berkenaan ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Christian Roejkjaer dan Pengurus Stor IKEA Batu Kawan, A. Pathmalingam.

IKEA Batu Kawan menawarkan ruang peruncitan kira-kira 43,678 meter persegi dengan kira-kira 8,000 kelengkapan rumah ala Sweden.

Sebanyak 1,955 parkir disediakan selain 815 tempat duduk di restorannya. – K! ONLINE

Loading...