Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Negeri Sembilan Catat Kes...

SEREMBAN: Negeri Sembilan mencatatkan kes pertama virus African Swine Fever (ASF) atau penyakit...

Redza Rosli Kemalangan Motor...

NASIB tidak menyebelahi pelakon Redza Rosli apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu...

Gara-Gara Najis Kucing, Pemilik...

IPOH - Seorang pemilik bengkel menerima 22 jahitan di bahagian kepala akibat cedera...

Letusan Gunung Berapi New...

WELLINGTON - Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand mengesahkan sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia...

Ikan Emas Hidap Tumor Selamat Jalani Pembedahan

KEJADIAN ini berlaku di sebuah hospital haiwan yang terletak di Melbourne, Australia apabila seekor ikan emas yang menghidap tumor telah selamat menjalani pembedahan.

Ikan emas yang dikenali dengan nama Bubbles ini telah dibedah oleh Dr. Tristan Rich, seorang doktor pakar haiwan  dari Hospital Haiwan Lort Smith.

Bubbles yang berusia 9 tahun dikatakan tidak mampu untuk makan dan berenang dengan betul sekiranya tumor pada bahagian kepalanya itu tidak dibuang.

11059866_10153389782501759_6761373671170743928_n

12919757_10153389782621759_5585034090628979736_n

12919806_10153389776246759_3442494784711998270_n
Bubbles hidap ketumbuhan di kepala

Menurut Dr. Tristan, sewaktu proses pembedahan berlaku, Bubbles diletakkan di dalam bakul yang mengandungi bahan Anestetik dan selepas dia tidak sedarkan diri, tiub oksigen dimasukkan ke mulutnya.

Bubbles juga diberikan suntikan bius bagi mengelakkan ia daripada rasa sakit.


Lapor portal Tech Times, ikan emas mampu hidup selama 30 tahun. Pemilik Bubbles menjumpai Dr. Tristan selepas berita kejayaannya menyelamatkan seekor ikan emas bernama Goerge pada tahun 2014 tersebar.

934734_10153389782496759_6807163814309350414_n

ikan
Goerge selepas pembedahan 2014

Semenjak itu Dr. Tristan menjadi popular dan menjadi selebriti di Lort Smith dan bilangan ‘pesakit’ ikan emas juga meningkat sejak itu.

Hospital itu turut merupakan sebuah hospital yang tidak mementingkan keuntungan tetapi bergantung kepada derma yang dihulurkan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori