Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Siti Nordiana Berjaya Kikis...

PETALING JAYA - Penyanyi Siti Nordiana berkata dia sudah berjaya mengikis perasaan malu...

Kerajaan PH Melaka Tumbang

MELAKA TENGAH - Perikatan Nasional yang disertai Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti...

Mayat 2 Mangsa Tertimbus...

GURUN - Mayat dua lelaki yang tertimbus dalam runtuhan tanah di kaki Gunung...

Jangkitan HIV Menurun Sejak...

KOTA BHARU - Jangkitan HIV di negara ini menurun secara drastik sejak Program...

ICERD Turut Ancam Pribumi Sabah & Sarawak – Zahid

KUALA LUMPUR – Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bukan sahaja mengancam nasib masyarakat Melayu, tetapi juga pribumi di Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak perlu bersama-sama dengan masyarakat Melayu membantah usaha pihak tertentu untuk meratifikasi ICERD.

“Bantahan ICERD bukan isu politik, sebaliknya kesan jangka panjang kepada Islam, Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak.

“Jadi kita mengingatkan kerajaan yang ada hari ini supaya mengambil kira bantahan seramai 500,000 umat Islam di Dataran Merdeka ini.

“Jangan main-main dengan kita (umat Islam). Bantahan hari ini adalah permulaan kepada kebangkitan kita,” katanya berucap pada Himpunan Penolakan Ratifikasi ICERD di Dataran Merdeka di sini, hari ini.


Dalam pada itu Ahmad Zahid, berkata UMNO akan meneruskan kerjasama dengan PAS berhubung isu membabitkan Islam.

“UMNO dan PAS akan terus bekerjasama jika ada isu babitkan Islam dan Melayu,” katanya. – BH ONLINE

Kategori