Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Dukung Anak! Puteri...

HASRAT aktres Puteri Sarah Liyana untuk menimang cahaya mata kedua bakal terlaksana apabila...

Bimbang Kes Bertambah Dengan...

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, penuntut dan pekerja...

700 Kes Tanah Runtuh...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 700 kes tanah runtuh dan kegagalan cerun dilaporkan sepanjang...

Tuah Pasangan Backpacker Nikmati...

INI memang jarang-jarang berlaku dalam perkhidmatan penerbangan apabila pasangan pengembara backpacker ini menikmati perjalanan...

Ibu Tunggal Maut Disyaki Ditikam Kekasih

IPOH – Seorang ibu tunggal ditemui maut dengan kesan tikaman, dalam pergaduhan dengan seorang lelaki disyaki teman lelakinya, di rumah mangsa di Taman Perpaduan, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada jiran bagi memaklumkan pergaduhan mangsa dengan suspek pada jam 8.45 malam.

Susulan itu, katanya, anggota bergegas ke lokasi sebelum menemui kedua-dua mangsa dan suspek dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman pada badan di ruang tengah kediaman terbabit.

Beliau berkata, mangsa dan suspek dijumpai berdekatan antara satu sama lain di rumah itu yang dihuni wanita terbabit bersama dua anak kecilnya berusia enam serta lapan tahun.

Katanya, mangsa berumur 31 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suspek berusia 23 tahun pula parah dan dirawat di Zon Merah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dan suspek tidak mempunyai hubungan kekeluargaan. Justeru, suspek dipercayai adalah teman lelaki mangsa.

“Bagaimanapun, kita masih tidak pasti sama ada tikaman pada suspek dilakukan oleh si mati atau lelaki itu cuba membunuh diri selepas membunuh mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, malam tadi.


Susulan itu, Anuar berkata, rakaman percakapan saksi diambil daripada jiran dan dua anak mangsa yang berada di dalam rumah berkenaan ketika kejadian, termasuk bagi mengenal pasti hubungan sebenar mangsa dengan suspek.

Namun, beliau memaklumkan, suspek yang juga seorang penganggur, dilaporkan telah beberapa kali mengganggu mangsa, malah pernah ditangkap polis pada bulan lalu atas kesalahan menceroboh rumah wanita itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, mangsa bekerja di sebuah pusat jagaan warga emas di Pasir Puteh, di sini. – BH Online

Kategori