Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemilik Van, Maahad Tahfiz...

KOTA BHARU - CT-One Corporation Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi hari ini...

Peruntukan RM50j Bantu Orang...

KUANTAN – Peruntukan sebanyak RM50 juta dalam Bajet 2018 untuk masyarakat Orang Asli...

Kit Siang Patut Jadi...

DATUK Seri Najib Tun Razak sekali lagi memberikan komen sinis terhadap penasihat DAP,...

NTCM Bantu Malim Gunung...

KUALA LUMPUR - Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTCM) akan menjalankan skim pekerjaan sementara...

Ibu Tergamak Buang Anak Kerana Takut Terlepas Pesawat

GARA-gara tidak mahu terlepas penerbangan sambungan, seorang ibu tergamak membuang anaknya di dalam tong sampah di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna, Austria.

Wanita warga Nigeria itu dipercayai melahirkan bayinya di dalam tandas dan membalutnya dengan plastik sebelum dicampak ke dalam tong sampah.

Bayi malang itu ditemui seorang pencuci yang sedang melakukan kerja pembersihan di dalam tandas dan terkejut apabila melihat bungkusan yang mengandungi bayi.

Namun, bayi tersebut meninggal dunia selepas beberapa jam menerima rawatan di sebuah hospital.

Ibu Tergamak Buang Anak Kerana Takut Terlepas Kapal Terbang

DailyMail melaporkan wanita berusia 27 tahun itu yang merupakan seorang pelajar ditemui dalam keadaan berlumuran darah di ruang menunggu kapal terbang dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Dia mengakui anaknya meninggal dunia selepas dilahirkan namun bedah siasat mendapati bayi tersebut mati akibat kekurangan oksigen.


Menurut laporan media tempatan, wanita itu dalam perjalanan dari dari Minsk, Belarus ke Washington DC, Amerika Syarikat dan memberi keterangan kepada pihak berkuasa bahawa dia tidak mahu terlepas penerbangan sambungannya.

Pendakwa raya, Friedrich Koehl berkata, wanita tersebut ditahan dan disiasat kerana membunuh anak ketika melahirkan.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan penjara lima tahun. – MYNEWSHUB.CC

Video di bawah sekadar hiasan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori