Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jawatankuasa RCI Sedia Terima...

TAWAU - Jawatankuasa Kerja untuk meneliti kandungan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan...

‘Ask Mi’ Diwujudkan Beri...

KOTA KINABALU – Lembaga Pelancongan Sabah (STB) telah mewujudkan perkhidmatan ‘Ask Mi’ atau...

Mayat Pemimpin Politik Ditemui...

KUANTAN - Mayat lelaki dipercayai pemimpin parti politik di Kuantan ditemui kira-kira 2km...

Lelaki Dikhuatiri Lemas Selepas...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila dilaporkan tidak pulang ke rumah...

Ibu Paksa Anak Berjalan Kaki Ke Sekolah Kerana Biadab

ADAKAH ini hukuman sewajarnya bagi seorang ibu terhadap dua anak lelakinya selepas mereka dikatakan biadab pada pemandu bas sekolah?

Itulah yang menjadi perdebatan apabila si ibu di Harrow, Ontario telah menghukum anaknya berjalan kaki sejauh tujuh kilometer dalam keadaan bersalji ke sekolah.

Kanak-kanak berkenaan mengambil masa selama dua jam untuk sampai ke sekolah sambil memegang kad bertulis `biadab kepada pemandu bas. Mak paksa kami berjalan’.

Tindakan itu diambil oleh wanita berkenaan selepas pihak sekolah melaporkan mengenai perangai anaknya itu.

Menurut si ibu, hukuman itu nyata memberi pengajaran kepada dua anaknya itu. Dia juga memuat naik gambar anak-anaknya itu di dalam media sosial.

Ia dikongsi 38,000 kali dan mendapat 28,000 kali `like‘. Malah beribu-ribu orang menyatakan sokongan terhadap hukuman tersebut.

“Anak sulung saya ternyata insaf lebih awal manakala adiknya pula hanya insaf pada keesokannya,’’ kata wanita itu kepada stesen penyiaran CBC.


Susulan hukuman berkenaan, ada pihak yang melaporkan si ibu kepada badan kebajikan kanak-kanak Children’s Aid Society.

Pengurus Children’s Aid Society, Tina Gatt ketika mengulas mengenainya berkata, memalukan kanak-kanak dengan memasukkan kesalahan mereka dalam media sosial, bukan sesuatu yang membina.

“Saya tidak mahu menilai atau berpura-pura mengetahui keadaan ini tetapi ada sesuatu yang perlu dipertimbangkan apabila kita meletakkan tanda pada anak-anak dengan mendedahkan perbuatan buruk mereka dan meletakkan gambar mereka di media sosial,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori