Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Muktamad Pemilihan Vaksin Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kerajaan berkemungkinan memuktamadkan pemilihan vaksin Covid-19 menjelang awal 2021, demikian...

Lebih 18 Juta Populasi...

KUALA LUMPUR - Seramai 18,964,474 individu atau 81 peratus daripada populasi dewasa di...

Tiada Lantikan Politik Ketuai...

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mengulangi...

Video: CEO Menyamar Jadi...

ALKISAH Mitchell Modell, CEO sebuah kedai peruncitan barangan sukan Sporting Goods telah menyamar...

Ibu Lari Tinggalkan Anak Yang Menderita Sakit Kanser

KESIAN…kanak-kanak ini, Hu Haoyang yang menghidap kanser menangis mencari ibunya diketika dia menjalani rawatan yang menyakitkan.

Namun tanpa diketahui oleh Haoyang, ibunya, telah meninggalkannya dan melarikan diri dengan membawa bersama wang sebanyak RM127,000 yang dikumpulkan hasil sumbangan ramai bagi membiayai rawatan anaknya,

Selepas keluarganya mengugut untuk membuat laporan polis, barulah ibunya mengembalikan semula wang terbabit. Bagaimanapun dia kemudiannya menghilangkan diri semula selepas itu dan tidak pernah kembali lagi.

Haoyang, yang berusia dua tahun, telah disahkan menghidap kanser hepatoblastoma pada Mei 2016, selepas bapanya mendapati dia menghidap demam berulang kali.

Dia telah menerima tiga kali chemotherapy dan dua pertiga daripada hatinya telah dibuang di hospital di Shanghai.


Walaupun doktor telah membuang ketumbuhan kanak-kanak itu namun kanser tersebut kembali semula.

Bagi membiayai rawatannya, keluarga Huoyang terpaksa meminjam sebanyak RM400,000 daripada rakan, saudara dan ahlong.

Bapanya, Hu Xiaofei juga terpaksa bekerja keras bagi mendapatkan wang untuk membiayai perubatan anaknya. Kanak-kanak itu kini dijaga oleh bapa dan datuk serta neneknya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori