Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Rusia Umum Fasa Pertama...

LVIV : Jeneral Tentera Rusia mendakwa ‘fasa pertama’ pelan ketenteraan Rusia sudah berjaya...

Dr. Fauziah Aktivis Ditahan...

KUALA LUMPUR - Wanita berhati waja. Itulah yang dapat dikatakan tentang Dr. Fauziah...

UMNO Dengar Nadi Rakyat...

PUTRAJAYA - UMNO sentiasa komited untuk mendengar denyutan nadi rakyat dalam usaha membela...

Amir Tepati Ramalan Juara...

SHAH ALAM - Peserta dari Selangor, Amir menepati ramalan apabila muncul sebagai juara...

Ibu Lahir Rasa Syukur Anak Akhirnya Bakal Pulang

PUTRAJAYA – Maznah Adnan, ibu kepada seorang daripada rakyat Malaysia di Korea Utara melahirkan rasa syukur dengan berita kepulangan anaknya yang dijangka tiba pagi esok.

“Alhamdulillah.. saya merasa bersyukur selepas mendapat berita daripada siaran TV tadi,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Katanya beliau kini berada di Kuala Lumpur dan akan menetap di salah sebuah hotel di sana.

Maznah, 63, adalah ibu kepada Iza Karmila Ramli, 33 tahun.

Selain Iza Karmila, Mohd Nor Azrin Md Zain (menantu) dan tiga cucunya Annur Zulaikha, Aynur Zhafirah serta Ayscha Zinnirah adalah antara sembilan warganegara Malaysia yang “terperangkap” di Kedutaan Malaysia di Pyongyang.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kesemua rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalkan Korea Utara kini dibenarkan pulang ke tanah air.

Najib berkata kesemua mereka berlepas dari Pyongyang pada pukul 7.45 malam ini waktu Malaysia dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pukul 5 pagi esok.


Sementara itu di IPOH, S. Komala Theinmoli, 48, berkata tiada yang lebih mengembirakan bagi dirinya dan keluarga apabila dimaklumkan adiknya yang bekerja sebagai pegawai tadbir di pejabat Kedutaan Malaysia di Korea Utara, S. Nirmala Malar Kodi dijangka tiba di tanah air esok.

Menurut Komala, beliau hanya mengetahui tentang berita gembira itu daripada media yang menghubunginya untuk mendapatkan reaksi.

“Saya berasa sangat syukur kerana sudah terlalu lama menunggu berita gembira ini. Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Komala yang merupakan peniaga pasar di Kuala Kangsar berkata sejak kerajaan Korea Utara menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu pada 7 Mac lepas, dia tidak pernah berhenti mendoakan keselamatan adiknya dan semua rakyat Malaysia. – BERNAMA

Kategori