Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Hasut Masyarakat Benci...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) menasihati Mufti Perlis,...

Betul Ke Fynn Jamal...

SEBELUM ini, viral tentang kisah perkahwinan sederhana Noh Hujan apabila memberitahu bahawa dia...

Kan Dah Kena Denda...

PETALING JAYA - Seorang kontraktor yang memuat naik status tidak puas hatinya terhadap...

Mayat Bayi Ditemui Dalam...

KUALA TERENGGANU - Mayat seorang bayi yang masih bertali pusat ditemui terapung dalam...

Ibu Kejam Buang Bayi Kembar Tepi Jalan

FILIPINA – Seorang wanita bertindak kejam membuang bayi kembarnya di tepi jalan menyebabkan seorang daripada bayi perempuan terbabit meninggal dunia di wilayah Negros Oriental, Filipina, minggu lalu.

Wanita itu dipercayai membuang bayi terbabit pada awal pagi sebelum tangisan mangsa didengar orang ramai yang bergegas menyelamatkan mereka.

Namun, seorang daripada bayi terbabit yang lebih kecil dan lebih lemah, tidak sedarkan diri ketika ditemui dengan kulitnya sudah bertukar pucat sebelum disahkan meninggal dunia setibanya di hospital.

Menurut Daily Mail yang memetik laporan media Filipina, penduduk perkampungan Datagon mendengar tangisan bayi terbabit bergegas ke tempat kejadian dan menemui dua bayi perempuan dalam keadaan bogel di tepi jalan.

Mereka membalut bayi terbabit dengan tuala dan kain sebelum dikejarkan ke hospital.

“Seorang bayi terbabit sudah tidak bernafas manakala seorang lagi masih kuat dan bergerak aktif.


“Saya tidak faham kenapa seorang ibu sanggup berlaku sekejam ini,” kata seorang penduduk, Lea Gutib.

Polis berusaha mengesan ibu bayi terbabit yang memberhentikan kereta dan meninggalkan mangsa di tepi jalan sebelum memandu pergi.

Seorang lagi penduduk, Jean Miral berkata, mereka tidak tahu siapa ibu bayi terbabit namun yakin mereka tidak lama berada di tepi jalan sebelum ditemui. – Agensi/myMetro Online

Kategori