Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Selangor Sekat Maklumat...

KUALA LUMPUR - Pemuda Gerakan menyelar kerajaan Selangor kerana gagal mengamalkan dasar kebebasan...

Turki Perkenal Pakaian Seragam...

ANKARA - Pengganas atau suspek kudeta diwajibkan memakai pakaian seragam khas ketika menghadiri...

Bangsat Punya Honda Weststar...

Jumaat lepas, rakan penulis menerima panggilan telefon daripada pusat servis kenderaan Weststar di...

Dewan Rakyat: Tarikh Pelaksanaan...

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan peruntukan mengenai larangan Ahli Parlimen bertukar parti ditangguhkan kepada...

Ibu Dikritik Biar Anak Pecah Artifak Di Muzium Seni

DUA orang ibu di China dikritik netizen gara-gara sengaja membiar dan melihat sahaja anak mereka merosakkan bahan pameran berharga di Muzium Seni Shanghai, baru-baru ini.

Mereka dikatakan hanya tengok dan melepaskan anak mereka bermain dengan bahan seni biarpun pihak muzium itu tidak membenarkan pengunjung mendekati artifak seni tersebut.

Kedua-dua wanita itu juga sempat merakam gelagat anak masing-masing yang menarik bahan pameran berjudul Angel is Waiting iaitu sayap yang dibuat daripada kaca sehingga ia pecah.

Susulan insiden yang dirakam menerusi kamera litar tertutup muzium tersebut, ramai netizen mengkritik malah menggesa dua wanita itu membayar ganti rugi kepada artis yang menghasilkan artifak seni berkenaan iaitu Shelly Xue.

Muzium itu kemudian telah menukar nama hasil seni itu sebagai Broken malah turut menunjukkan ‘sejarah’ bagaimana namanya telah bertukar dari Angel is Waiting kepada Broken untuk tontonan pengunjung mereka. – MYNEWSHUB.CC


7

8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori