Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Belum Sampai Ajal, Pelajar...

BERPANTANG maut sebelum ajal...Tular satu rakaman di media sosial memaparkan seorang pelajar lelaki...

Kes Rasuah Pengarah Kastam...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 19 Dis ini untuk sebutan...

Najib Hargai Setiakawan Perjuangan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghargai persahabatan dan semangat...

Pasangan Lesbian Tetap Berkahwin...

PASANGAN lesbian dan selebriti terkenal Jepun, Akane Sugimori, 28 dan Ayaka Ichinose, 34...

Ibu Campak Mayat Anak Dalam Laut Kerana Kecewa

SEORANG ibu yang terlalu marah dan kecewa kerana anaknya menghidap anorexia, memasukkan mayat anaknya itu ke dalam beg lalu dicampakkannya ke dalam laut di Itali.

Anaknya, Katerina Laktionova, 27, adalah bekas model dan dia meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan.

Beratnya ketika meninggal dunia hanya 35 kilogram dan kurus kering.

Ibunya pula bekerja sebagai jururawat di Itali. Dua beranak itu berasal dari Rusia.

Anorexia merupakan kecelaruan pemakanan di mana pengidapnya enggan makan hingga menyebabkan berat badan menurun dengan drastik. Ia boleh membawa maut.

Selepas mencampakkan mayat anaknya dalam laut, wanita itu yang berusia 48 tahun dan tidak didedahkan nama, telah kembali ke Rusia.

Ibu Campak Mayat Anak Dalam Laut Kerana Kecewa

Kejadian itu terbongkar selepas dia mengalami trauma dengan tragedi tersebut lalu memberitahu rakannya.


“Dia (Katerina) telah meninggal dunia. Saya tengok mayatnya selama beberapa hari dan saya hilang akal lalu saya masukkan ke dalam beg dan campak ke dalam air,’’ katanya ketika membuat pengakuan.

Wanita itu juga memberitahu dia menyimpan mayat Katerina selama seminggu sebelum mencampakkannya ke dalam laut.

Dia sudah lama menyedari anaknya itu menghidap anorexia, lalu cuba membantunya. Katerina juga sering dimasukkan ke hospital akibat penyakit berkenaan.

Dalam pada itu, bekas suami wanita berkenaan berkata, bekas isterinya telah berhijrah ke Itali sejak dua tahun lalu dengan Katerina namun menyifatkan anaknya itu sebagai normal.

Susulan itu, pihak berkuasa di Itali kini sedang menyiasat kes berkenaan selepas mayat Katerina ditemui. – MYNEWSHUB.CC

Kategori