Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Calon Boleh Tidak Hadir...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan dakwaan bahawa pencalonan akan menjadi tidak...

Suami Lemas Ketika Mandi...

KUANTAN - Seorang lelaki dilapor lemas ketika mandi bersama isteri dan kawan-kawannya di...

China Adakan Operasi Banteras...

SHANGHAI - Pihak berkuasa China menahan kira-kira 30,000 orang dalam operasi dua bulan...

Ketua Pemuda PH Meninggal...

PETALING JAYA – Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Ithnin meninggal dunia...

Ibu Bapa Adib Menangis Terima Keputusan Inkues

ALOR SETAR – Ibu bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim menangis sebaik sahaja dimaklumkan tentang keputusan Mahkamah Koroner pada hari ini yang memihak kepada arwah.

Ibu Muhammad Adib, Asma Aziz, 52, berkata, dia dan suami, Mohd. Kassim Abdul Hamid, 64, dimaklumkan mengenai keputusan inkues tersebut oleh seorang saudara mereka.

“Alhamdulillah, saya bersyukur doa saya dan suami serta seluruh rakyat Malaysia buat Adib akhirnya dimakbulkan.

“Keputusan ini memberi kelegaan kepada kami sekeluarga, malah suami menangis ketika dimaklumkan tentang keputusan mahkamah pagi tadi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini hari ini.

Katanya, dia sebenarnya merancang untuk mengikuti prosiding mahkamah pada hari ini tetapi membatalkannya kerana perasaanya yang tidak menentu kerana bimbang keputusan tidak memihak kepada arwah.

“Akhirnya saya dan suami akan pergi juga ke Kuala Lumpur pada petang ini untuk berjumpa dengan anak-anak yang tinggal di sana,” ujarnya.

Pada masa sama, kata Asma, meskipun keputusan itu melegakan hatinya dan keluarga, namun ia tetap tidak dapat mengembalikan arwah Adib ke pangkuan keluarga.

“Walaupun lega, anak saya sudah tiada,” katanya.


Ketika ditanya tentang kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang akan menyiasat dan mengenal pasti pihak yang terlibat dengan kematian arwah, Asma berharap semua penjenayah tersebut ditahan secepat mungkin.

“Saya mahu orang yang buat (serang) Adib itu ditangkap dan diheret ke mahkamah seterusnya dihukum dengan adil mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Kassim turut melahirkan perasaan sama dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada keluarganya.

“Alhamdulillah, syukur sangat kerana inilah keputusan yang kami nanti-nantikan,” katanya.

Hari ini Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian anggota bomba, Muhammad Adib adalah disebabkan perbuatan jenayah daripada lebih dua orang yang tidak dikenali. – K! ONLINE

Kategori