Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Selangor Catat Kes Denggi...

GOMBAK – Selangor mencatatkan kes denggi tertinggi pada tahun 2023 dengan peningkatan sebanyak...

Awan Bergulung Gemparkan Penduduk...

TELUK INTAN - Awan bergulung seperti ombak gadang yang muncul di ruang angkasa...

Pembelaan Akan Mohon Pengampunan...

KUALA LUMPUR – Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat membuat permohonan...

Berdepan Banjir Besar Tak...

TATAU - Lebih seminggu lalu guru wanita ini terpaksa berdepan dengan situasi banjir...

“Ia Buat Diri Saya Berasa Kecil” – Hisyam Hamid

PELAKON Hisyam Hamid memberitahu dirinya berasa tertekan untuk melakonkan watak sebagai Zulkifli dalam filem adaptasi novel, Kau Yang Satu.

Menurut Hisyan, dia risau memikirkan respon penonton terhadap lakonannya dalam filem tersebut.

“Penggambaran filem itu dijalankan pada dua tahun lepas dan ketika itu saya masih baharu dalam bidang lakonan.

“Saya berasa risau dan tertekan dengan teknik lakonan saya ketika itu. Manalah tahu ia tidak memenuhi apa yang diharapkan oleh pengarah dan penonton.

“Lebih-lebih lagi bila digandingkan dengan pelakon handal seperti Aaron Aziz dan Izara. Ia membuatkan diri saya terasa kecil,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Hisyam Hamid, Izara Aishah dan Aaron Aziz

Walau bagaimanapun, Hisyam berkata dia bersyukur kerana penggambaran filem itu berjalan dengan lancar dan pelakon lain yang terbabit juga banyak mengajarnya.


“Tetapi saya bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar. Pengarah dan pelakon-pelakon lain banyak mengajar saya mengenai teknik-teknik lakonan filem.

“Lagipun, Kau Yang Satu ini merupakan novel yang popular, jadi sedikir sebanyak memang saya risau dengan penerimaan penonton terhadap lakonan saya,” katanya.

Filem Kau Yang Satu arahan Osman Ali ini bakal ditayangkan bermuka 27 Julai ini. –MYNEWSHUB.CC

Kategori