“I Tiada Keris, Tapi Ada Lightsaber” – Dyana Sofya

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mempertahankan tindakan segelintir pemimpin PAS berbusana ala pahlawan Melayu sewaktu menghadiri muktamar tahunan parti itu baru-baru ini.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perkara itu tidak salah kerana Islam sendiri mengajar umatnya supaya melengkapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri.

“Maka memelihara dan melangsungkan seni persilatan Melayu adalah satu tuntutan yang digalakkan oleh agama,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, kata, Nik Mohamad Abduh, DPPM turut mengucapkan tahniah kepada penganjuran Akademi Silat Pendekar Muda yang begitu diminati oleh golongan muda tersebut.

Media pada 31 Mei lalu melaporkan Muktamar Pemuda Pas ke-57 yang berlangsung di Kelantan membawa kelainan apabila tetamu kehormatnya tampil dengan busana ala-ala pahlawan Melayu.

Mereka dilihat memakai songket lengkap dengan tanjak dan samping menyebabkan penyokong Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) mengutuk mereka.

Malah, pemimpin DAP Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud turut memuat naik gambar dalam laman Facebook beliau memakai t-shirt dan jeans sambil memegang pedang laser mainan filem Star Wars.

“I takde keris, tapi ada lightsaber. Adakah Obi Wan Kenobi akan redha guna lightsaber untuk potong kek,” katanya dalam nada mengejek.

Kenyataan Dyana Sofya itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif pengguna media sosial termasuk pengikut laman Facebook beliau.

“Mesti dap seronok tengok pakaian budak ni..perempuan cina gi muktamar pakai baju kurung,perempuan melayu dap macam amoi cina,” kata pemilik akaun Facebook Sipi Sipi Seragam Hijau.

“Semoga Dayana dibukakan pintu hati , diberikan hidayah oleh Allah swt & menjadi wanita yg solehah . Amin YRA ….,” kata Rider Blackx Rider.

“Kesian Orang Islam yg tak mengamalkan Islam, tapi mengamalkan cara hidup yg bukan Islam. Sedih…,” kata Mohd Idham Mohamed.

“I xde baju mcm u tu, tapi I ada baju lebih boleh la nak tutup aurat u. Adakah Allah redha u berpakaian membuka aurat begitu?,” kata Ahmad Tarmimi Ahmad Tajarlddin. – mynewshub.cc

Loading...