Hutang Sudah Cecah RM120 Bilion, Negara Tak Bankrap Ke?

KUALA LUMPUR – Jumlah hutang dan faedah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekarang selepas ditolak hutang yang dibayar sebelum ini berbaki RM41.8 bilion, bukannya RM50.7 seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan.

Datuk Seri Najib Razak berkata, jumlah hutang yang sudah dilunaskan sebanyak RM8.9 bilion tidak perlu dimasukkan dengan jumlah hutang lagi.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, hutang dan faedah hutang 1MDB yang perlu dibayar sehingga tahun 2030 adalah berjumlah RM50.7 bilion, disebabkan itu prinsipal sukuk RM5 bilion itu perlu membayar faedah RM5.7 bilion.

“Lagi pelik ialah hutang dan faedah yang telah dibayar sebanyak RM8.9 bilion setakat ini juga dimasukkan dalam pengiraan beban hutang RM50.7 bilion ini. Hutang sudah dibayar masih perlu dibayar sekali lagi ke?

Standard accounting negara mana yang Guan Eng guna?” soal Najib.

Beliau turut mempersoalkan adakah RM41.8 bilion ini perlu dibayar secara ansuran sehingga 2039 boleh menyebabkan negara muflis.

Sedangkan, katanya, pada tahun lalu, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menambah hutang negara sebanyak RM54.2 bilion.

Pada tahun ini, hutang kerajaan bertambah lagi sebanyak RM67.4 bilion.

“Jadi maksud Guan Eng ialah hutang campur faedah 1MDB sehingga tahun 2039 sebanyak RM41.6 bilion akan mufliskan negara tapi dia pinjam RM54.2 bilion tahun lepas dan RM67.4 bilion tahun ini tidak mufliskan negara?

“Kenapa pula Guan Eng sentiasa sebut hutang tapi tak pernah sebut aset 1MDB pula?

“Yang dia jual sebahagian dari projek Bandar Malaysia dengan harga RM7.41 bilion pada bulan April tahun ini, Guan Eng tak sebut pun,” kata Najib.

Sebenarnya, isu Malaysia akan bankrap kerana 1MDB adalah antara soalan bocor yang saya beri semasa Kit Siang lari dari debat dengan saya.

“Saya akan tanya kenapa skandal forex BNM RM32 bilion (bernilai RM100 bilion dalam nilai wang hari ini) tidak membankrapkan negara walaupun satu aset atau satu ringgit tidak dapat dipulangkan tetapi pinjaman RM31 bilion 1MDB pula boleh membankrapkan negara walaupun 1MDB ada perjanjian penyelesaian, ada aset-aset bernilai RM140 bilion dan RM40 bilion yang kini digelar oleh PH sebagai aset terbaik negara.

“Tapi saya pelik kerana kerajaan boleh ambil RM82 bilion dari dana cash (tunai) RM173 bilion yang ditinggalkan dalam Petronas begitu sahaja tetapi akan bankrap kerana pinjaman jangka masa panjang RM32 bilion yang belum pun sampai masa untuk membayar.

“Saya juga tertanya-tanya kenapa kerajaan PH boleh senang-senang jual aset negara hampir RM30 bilion begitu sahaja dari nilai aset RM116 bilion Khazanah yang dinaikkan dari RM33 bilion pada tempoh masa saya PM tetapi kita akan bankrap dengan hutang RM32 bilion 1MDB,” soal Najib lagi.

Najib berkata, beliau juga tidak faham kenapa kerajaan PH boleh naikkan hutang Malaysia sebanyak RM120 bilion selepas PRU14 tanpa negara bankrap.

Tetapi, Malaysia didakwa bankrap dengan hutang RM32 bilion 1MDB, ujarnya. – MalaysiaGazette

Loading...