Hutang Negara Meningkat Lagi

KUALA LUMPUR – Hutang rasmi negara pada hari ini sudah mencecah RM781.4 bilion selepas Menteri Kewangan membuat pinjaman sebanyak RM4 bilion lagi semalam.

Datuk Seri Najib Razak berkata, setakat pertengahan bulan Mei, kerajaan PH sudah pinjam RM58 bilion (RM51 bilion sukuk kerajaan dan RM7 bilion bon Samurai) dan bayar balik RM17.7 bilion.

“Pinjam lagi RM18.6 bilion, kita cecah hutang RM800 bilion dengan rasminya,” katanya sambil membandingkan hutang negara sebanyak RM686 bilion pada akhir 2017 semasa di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Secara sinis, bekas perdana menteri itu berkata, setakat ini Tabung Harapan RM202 juta masih belum dimasukkan untuk mengurangkan hutang kerajaan.

Loading...