Hutang Kerajaan RM799.1 Bilion Setakat Jun 2019

KUALA LUMPUR – Hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2019 adalah sebanyak RM799.1 bilion atau 52.7% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir Jun tahun lalu.

Malah, ia juga lebih rendah daripada had siling hutang 55%.

Hutang ini terdiri daripada 96.3% sekuriti berdenominasi ringgit manakala baki 3.7% pinjaman luar pesisir dalam denominasi dolar Amerika Syarikat dan yen.

Pada tempoh itu pinjaman luar pesisir terkumpul berjumlah RM29.2 bilion.

Manakala hutang dalam negeri sebanyak RM769.9 bilion pada akhir Jun 2019.

Sementara itu, hutang luar mencatat sejumlah RM931.1 bilion atau 61.3% daripada KDNK pada akhir Jun lalu, meningkat disebabkan hutang pesisir berjangka masa sederhana dan panjang terutama dalam sektor swasta.

Hutang luar merujuk kepada obligasi luar pesisir negara bagi sektor awam dan swasta meliputi pinjaman luar pesisir, pemegangan sekuriti hutang dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dan hutang luar lain.

Walau bagaimanapun, peningkatan ini diimbangi oleh pengeluaran deposit oleh bukan pemastautin dan hutang luar kekal terurus disokong oleh pemegangan aset luaran bank dan syarikat domestik yang besar.

Hutang jangka masa sederhana dan panjang merangkumi 58.3% daripada keseluruhan hutang luar mencerminkan risiko pembiayaan semula yang rendah.

Pinjaman luar pesisir merupakan komponen terbesar hutang luar meningkat kepada RM580.5 bilion atau 38.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pinjaman luar pesisir sektor swasta merangkumi 21.8% daripada jumlah hutang luar pesisir meningkat kepada RM202.8 bilion daripada KDNK berikutan pinjaman antara bank serta pinjaman antara syarikat induk dan syarikat bersekutu di luar negeri.

Pinjaman luar pesisir sektor awam mencatat RM147.9 bilion daripada KDNK setelah mengambil kira terbitan bon Samurai.

Loading...