Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Iklan ‘Pelacuran’ Terpampang Di...

KURANG dua minggu lagi menjelang 2020, banyak arus pembangunan yang dibuat di Malaysia...

“Rasa Nak Pergi Jauh”...

MUAR - "Saya rasa nak pergi jauh" adalah antara ayat-ayat terakhir Nur Amira...

Farid Kamil Pening Selepas...

PETALING JAYA - "Saya dipelawa untuk menerima rokok gulung yang tidak mempunyai penapis...

Polis Tahan Lelaki Tempatan,...

LAHAD DATU - Seorang lelaki tempatan dipercayai pengedar dadah ditahan selepas memiliki dadah...

Husam, Wan Rahim Dilarang Masuki Premis Kerajaan

KOTA BHARU – Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Husam Musa, dan Pengerusi PAN Negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dilarang daripada memasuki semua bangunan Jabatan Kerajaan Negeri Kelantan.

Pekeliling mengenai arahan tersebut telah diedarkan ke seluruh pejabat-pejabat kerajaan negeri berkuatkuasa 27 Mei dan ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.

Memetik laporan BH Online, Nazran berkata pekeliling tersebut sudah pun diedarkan kepada lebih 2,000 kakitangan kerajaan negeri, semalam.

Arahan tersebut menyaksikan kedua-dua individu berkenaan dilarang memasuki Kompleks Kota Darulnaim dan semua pejabat kerajaan negeri. Katanya, kedua-dua individu berkenaan juga tidak dibenarkan memasuki enam istana di negeri Kelantan.

Sumber mStar Online

“Saya menerima arahan untuk menghalang mereka dari memasuki Kompleks Kota Darulnaim, semua jabatan negeri dan juga enam istana termasuk Istana Telipot, Istana Kota Lama dan Istana Balai Besar.

“Jika mereka ingin memasuki tempat ini kerana urusan penting, mereka mesti mendapatkan kebenaran,” katanya ketika dihubungi akhbar tersebut.

Selain tiga istana yang disebut beliau, Husam dan Wan Rahim juga tidak dibenarkan memasuki Istana Negeri Kubang Kerian, Istana Tumpat dan Istana Persinggahan Gua Musang tanpa mendapatkan kebenaran.

Ketika ditanya mengenai punca yang menyebabkan pekeliling itu dikeluarkan, Nazran bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.


Dalam pada itu, Wan Abdul Rahim yang dihubungi menyifatkan beliau sedih dengan keputusan larangan itu namun terpaksa menerimanya dengan hati yang terbuka.

“Sudah tentu perkara itu memeranjatkan saya dan sebagai rakyat yang setia, saya akan mematuhi arahan itu. Saya mengetahui perkara ini selepas ianya viral dalam media sosial sejak semalam.

“Saya percaya Husam juga mengetahui tentang larangan itu dan menerimanya,” ujarnya.

Pada Februari lalu, Sultan Muhammad V berkenan menarik balik darjah kebesaran negeri Kelantan membawa gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada Husam dan Wan Abdul Rahim tanpa dinyatakan sebab penarikan itu. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori