Saturday, March 30, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan Tabung Haji Semakin...

MAKKAH - Perkhidmatan yang disediakan Tabung Haji dalam mengendalikan jemaah haji di sini...

Pengeluaran Pasport Di UTC...

MIRI – Urusan permohonan dan pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) tidak dapat dibuat...

Peugeot 3008 Menangi Kereta...

KUALA LUMPUR - Kenderaan utiliti sukan (SUV) Peugeot 3008 memenangi anugerah Kereta Terbaik...

8 Anggota RAMD Terlibat...

TAWAU - Lapan anggota Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang terlibat...

Husam Diarah Keluar Dewan Ingkar Arahan Speaker

KOTA BHARU – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa diarah Speaker Datuk Abdullah Ya’kub meninggalkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan selepas mengingkari peraturan Dewan.

Perintah kepada bekas Exco kerajaan negeri itu dikeluarkan pada penghujung persidangan iaitu kira-kira lima minit sebelum sidang DUN tamat.

Tindakan itu dibuat selepas Speaker beberapa kali memberi amaran lisan kepada Husam kerana tindakannya mencelah dan mengganggu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang sedang menggulung titah Pemangku Raja Kelantan.

Husam sebelum itu bangun mempersoalkan kredibiliti Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Datuk Nassuruddin Daud yang bercakap mengenai isu sumpah, baiah dan lafaz taklik ketika sesi penggulungan.

Bagaimanapun Ahmad enggan memberi laluan.

Abdullah kemudian beberapa kali mengarahkan Husam duduk dan memberi laluan kepada Ahmad untuk menyambung penggulungannya namun terus diingkari Husam, menyebabkan beliau diarahkan keluar dewan.


Husam ketika ditemui pemberita di luar dewan berkata beliau terkejut selepas diarahkan keluar dewan namun bertekad untuk terus hadir persidangan DUN akan datang.

Sementara itu, Ahmad berkata setiap ADUN perlu mematuhi peraturan dewan kerana kerajaan memberi peluang untuk berbahas semalam, namun tidak digunakan oleh Husam untuk berbuat demikian. – BERNAMA

Kategori